Liga Super: Gergasi Merah ‘lunyai’ dibaham Harimau Selatan

PENYERANG JDT, Diogo Luis Santo (jersi putih, no 11) meraikan jaringan kedua yang dihasilkannya untuk bantu kemenangan 4-0 ke atas Selangor di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.

PETALING JAYA – Johor Darul Ta’zim (JDT) menghadiahkan kekalahan sulung buat Tan Cheng Hoe dalam saingan Liga Super selepas meraih kemenangan 4-0 ke atas Selangor di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.

Sekalipun masih tidak dapat menggunakan khidmat ‘mesin gol’ Bergson Da Silva, JDT jelas masih memiliki calon ganti berkualiti yang menyaksikan Fernando Forestieri meledak dua gol manakala Diogo Luis Santo terus pamer ketajaman ketika muncul sebagai pencetus kepada kemenangan kali ini.

Terdahulu, kehangatan perlawanan tumpuan ini bermula dengan percikan bunga di bahagian belakang tempat duduk Ultras Selangor diikuti aksi penuh bertenaga dipamerkan 22 pemain atas padang.

Tempoh 10 minit awal menghadirkan situasi positif buat Red Giants selepas Faisal Halim beberapa kali berjaya melepasi kawalan Oscar Arribas di sebelah kanan namun usaha diatur gagal membuahkan hasil.



Bermula dengan situasi cemas dicipta Diogo pada minit ke-16, aksi selepas itu seakan menjadi milik JDT yang merekodkan beberapa peluang merbahaya sebaliknya sentuhan akhir terus menghadirkan kekecewaan buat penyokong pelawat.

Disebalik keghairahan Harimau Selatan mengatur serangan, Faisal yang beralih ke posisi sayap kiri terus menghadirkan situasi cemas buat pertahanan JDT sebaliknya ia masih gagal membuahkan sebarang hasil.

Ketika tuan rumah berjaya memulakan babak kedua dengan baik, JDT pula hanya memerlukan tempoh 10 minit untuk memecah kebuntuan menerusi Juan Muniz diikuti gol kedua daripada Diogo pada minit ke-66.

Seterusnya, tempo permainan seakan makin perlahan namun situasi ini langsung tidak merencatkan kemahuan JDT yang menambah dua lagi gol menerusi Forestieri, pada minit ke-77 dan 82.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah



Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker