Kejuaraan Manchester City mungkin ditarik balik

Kejuaraan Manchester City mungkin ditarik balik

BEKAS pemain Manchester City, Shaun Wright-Phillips mengkritik kemungkinan bekas kelabnya itu bakal kehilangan semua trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang dimenangi sekiranya didapati bersalah melanggar Financial Fair Play (FFP).

Sebelum ini, Everton telah ditolak 10 mata minggu lalu kerana peraturan FFP dan terdapat kemungkinan The Citizens mengalami nasib sama selain berpotensi kehilangan kejuaraan EPL yang telah dimenangi mereka.



Potongan mata kekal sebagai keputusan yang mungkin berlaku dan Wright-Phillips menegaskan kejuaraan City seharusnya tidak ditarik balik.

“Saya rasa tidak adil untuk Manchester City dilucutkan mana-mana kejuaraan mereka sebelum ini sekiranya mereka didapati bersalah atas mana-mana pertuduhan terhadap mereka.

“Ia tidak adil dan saya tidak fikir kelab mahu merampas trofi itu dari City.

“Tidak kira apa yang berlaku di luar padang apabila dakwaan ini mula-mula timbul, pasukan masih perlu diuruskan dan pemain masih perlu beraksi seperti yang mereka lakukan untuk memenangi kejuaraan tersebut.



“Apa sahaja yang berlaku di luar padang tidak sepatutnya turut menimpa pengurus, pemain dan peminat. Mereka adalah sebab mengapa kelab telah memenangi semua kejuaraan itu,” katanya.

Pada Februari lalu, Liga Perdana mengeluarkan kenyataan di laman sesawangnya mengumumkan City – yang telah memenangi EPL tujuh kali sejak 2011 telah dirujuk kepada suruhanjaya bebas berkenaan dengan 115 pertuduhan pelanggaran peraturan berkaitan kewangan kelab.

City mengeluarkan kenyataan yang menyatakan terkejut dengan pengumuman dakwaan pelanggaran peraturan tersebut selain menegaskan kelab itu mempunyai bukti untuk menyokong kedudukan kewangan mereka. Sinar

Kejuaraan Manchester City mungkin ditarik balik



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Batalkan konsert Coldplay? Tiket tak beli bolehlah



‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel

Rusdi Ramli, Sharon berpisah?



Nak maki sampai bila – Ali Puteh

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker