Israel lancar serangan darat di Gaza

Israel lancar serangan darat di Gaza

BAITULMAQDIS: Infantri rejim Zionis mula melancarkan serbuan darat di Semenanjung Gaza, semalam, iaitu yang pertama sejak konflik terbaru meletus, dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, memberi amaran bahawa bedilan besar-besaran sejak beberapa hari lalu ‘hanya permulaan’ kempen serangan mereka.

“Kami sedang menyerang musuh dengan kekuatan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Saya menekankan bahawa ini baru permulaan,” kata Netanyahu dalam satu kenyataan ringkas.

Jurucakap tentera Israel, Laksamana Muda Daniel Hagari, berkata pasukan rejim Zionis bersama kereta kebal melakukan operasi dengan sasaran untuk menyerang pejuang Palestin dan mendapatkan maklumat mengenai lokasi tebusan. Ia adalah tindakan ketenteraan darat yang pertama oleh rejim Zionis di Gaza sejak krisis ketika ini tercetus.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang lagi jurucakap tentera Israel, Leftenan Kolonel Jonathan Conricus, berkata pasukan simpanan rejim Zionis telah mengepung Semenanjung Gaza serta dalam formasi siap siaga untuk peringkat operasi yang seterusnya.

“Mereka berada di sekeliling Semenanjung Gaza, di selatan, tengah serta utara, dan mempersiapkan diri untuk apa jua sasaran serta tugasan diberikan,” katanya dalam taklimat video, hari ini.

Terdahulu, Israel memberi tempoh 24 jam kepada lebih sejuta penduduk di utara Gaza untuk segera berpindah ke bahagian selatan.

Hamas berikrar untuk berjuang hingga ke titisan darah terakhir dan menyeru penduduk supaya kekal bertahan di situ.

Sementara itu, ramai penduduk di utara Gaza menegaskan mereka tidak akan meninggalkan kawasan berkenaan biarpun Israel telah mengeluarkan amaran evakuasi.

“Lebih baik mati daripada pergi meninggalkan sini,” kata pemuda dikenali sebagai Mohammad, 20, sambil berdiri di jalan yang turut menyaksikan bangunan runtuh akibat serangan udara oleh Israel.

Masjid-masjid pula menghebahkan mesej: ‘Bertahan di kediaman anda. Bertahan di tanah anda.’

“Kami memberitahu penduduk di utara Gaza dan Gaza City supaya terus kekal bertahan di rumah serta tempat tinggal mereka,” kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri Hamas, Eyad Al-Bozom. BH

Israel lancar serangan darat di Gaza

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit

Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker