MP Kepong rayu bantuan nak bayar saman
MP Kepong rayu bantuan nak bayar saman
Ahli Parlimen DAP Kepong Lim Lip Eng hari ini melancarkan kempen mengumpul dana untuk membayar ganti rugi RM2.25 juta kepada firma e-dagang Monspace (M) Sdn Bhd dan pengasasnya Jessy Lai.
Ini selepas Lim tewas dalam saman fitnah semalam. Dia berisiko diisytiharkan muflis dan hilang kelayakan sebagai ahli parlimen jika tidak dapat membayar denda itu tepat pada masanya.
Lim berkata beliau perlu menyerahkan jumlah itu dalam tempoh tujuh hari sebaik menerima perintah mahkamah, yang dijangka dihantar kepadanya minggu depan.
Tidak seperti kes jenayah, Lim perlu membayar ganti rugi sebelum keputusan rayuannya diumumkan dalam saman fitnah sivil ini.
Pada sidang media di pusat khidmatnya di Kepong, hari ini, Lim menjelaskan bahawa dirinya telah memberikan bantuan secara sukarela kepada ramai mangsa yang terjebak dengan skim “membuat duit” di alam maya sejak beberapa tahun lalu.
Dan dirinya terlibat dalam kes saman fitnah itu dengan Monspace dan Jessy Lai selepas membantu sekumpulan individu yang memohon bantuannya pada 2016.
“Ganti rugi sebanyak RM2.25 juta adalah jumlah yang tidak pernah diberikan sebelum ini, ramai peguam berpengalaman menganggapnya sukar dipercayai. Bagaimanapun, ini tidak akan menghalang saya daripada menegakkan keadilan.
“Saya sentiasa bertanggung jawab atas tindakan saya, tetapi jumlah itu terlalu tinggi, dan amat sukar untuk mengumpul wang tunai RM2.25 juta dalam tempoh yang singkat.
“Jika saya gagal membayar tepat pada masanya, saya akan berdepan dengan risiko diisytiharkan muflis, dan saya tidak akan lagi dapat terus bersuara untuk rakyat dan negara di Parlimen.
“Saya benar-benar merayu semua rakyat Malaysia untuk bersama saya untuk menegakkan keadilan dan membantu saya mengumpul RM2.25 juta dalam tempoh tujuh hari ini,” kata Lim.
Ketika ditanya tentang apa yang akan dilakukannya jika gagal mengumpul jumlah yang diperlukan itu, Lim berkata dia mungkin terpaksa menjual rumah dan keretanya, tetapi ini juga akan mengambil masa untuk mendapatkan dana berkenaan.
Dia berjanji bahawa sekiranya dia berjaya dalam rayuannya nanti, dan dibenarkan mendapatkan semula wang ganti rugi tersebut, dia akan menderma kesemua wang berkenaan kepada pertubuhan amal dan badan pendidikan. Mk
MP Kepong rayu bantuan nak bayar saman
Baca Artikel Menarik:
- Negeri mundur, tapi beli Mercedes dan naik elaun wakil rakyat
- Uqasha lapor polis difitnah kaki buli di sekolah
- Kerajaan ambil semua wang saya
- Rayu lawat kubur isteri selepas tembak matinya
- Pelajar jatuh cinta pada guru sejak tingkatan 3 akhirnya jadi isterinya yang sah [VIDEO]
- Kehidupan hancur, 6 tahun berkahwin baru tahu isteri rupanya saudara kandung
- Jantung bengkak dan jangkitan kuman, Ustaz Azhar Idrus ditahan di hospital
- ‘Datuk Roy’ juga dikait siasatan penipuan RM2 juta
- Tolak ‘calon proksi’ pada pemilihan ini – Zahid
- Lelaki ‘bertanduk’ meninggal dunia pada usia 140 tahun
- Tukar Pengundi: Taktikal terancang rampas kawasan dalam PRN
- Taikun pendana politik perlu didedahkan kepada umum
- Speaker ‘back up’ Wee Ka Siong
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan
You must be logged in to post a comment.