Gimik Hantar Bola Dengan Kereta ‘Remote Control’ Jadi Bualan Peminat Euro 2020 [VIDEO]

Gimik Hantar Bola Dengan Kereta ‘Remote Control’ Jadi Bualan Peminat Euro 2020 [VIDEO]

 

Gimik Hantar Bola Dengan Kereta ‘Remote Control’ Jadi Bualan Peminat Euro 2020 [VIDEO]

Pada pagi hari Sabtu yang lalu, telah berlangsungnya perlawanan pertama bola sepak Euro 2020 yang terpaksa ditangguhkan pada tahun lalu ekoran penularan wabak pandemik COVID-19 di seluruh dunia.

Semasa perlawanan di antara Turki dan Itali berlangsung, kesemua mata peminat bola sepak tertumpu kepada sebuah kereta kawalan jauh yang digunakan untuk menghantar bola masuk ke dalam padang.

Rata-rata peminat bola sepak menyatakan mereka terkejut dengan gimik kereta kawalan jauh tersebut dan ia lebih menarik perhatian daripada perlawanan penuh Turki menentang Itali ketika itu.

VIDEO DIBAWAH:-

Menurut mereka, ini kali pertama mereka melihat tradisi permainan bola sepak sangat berbeza berbanding sebelum ini, di mana seseorang akan berjalan membawa masuk bola ke tengah padang sebelum pemain memulakan ‘kick-off’.

Kereta kawalan jauh tersebut merupakan jenama Volkswagen yang telah menjadi ‘mobility partner’ rasmi untuk acara Euro 2020 pada tahun ini. Ada juga mahu penggunaan kereta kawalan jauh ini sebagai satu norma baru dalam perlawanan bola sepak pada masa akan datang.

Gimik Hantar Bola Dengan Kereta ‘Remote Control’ Jadi Bualan Peminat Euro 2020 [VIDEO]

Perlawanan bola yang berlangsung selama 90 minit tersebut telah menyaksikan pasukan Itali membenam Turki dengan jaringan sebanyak tiga gol sekaligus menjadikan pasukan tersebut sebagai pasukan pertama yang mendapatkan gol terbanyak untuk perlawanan pembukaan Euro 2020.-TVC

Gimik Hantar Bola Dengan Kereta ‘Remote Control’ Jadi Bualan Peminat Euro 2020 [VIDEO]

Gimik Hantar Bola Dengan Kereta ‘Remote Control’ Jadi Bualan Peminat Euro 2020 [VIDEO]


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Euro2020: Eriksen sudah ‘mati’ beberapa minit – Pakar jantung

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker