All England, juara dunia bungkus awal

AARON (kanan) dan Wooi Yik tewas rubber-set kepada Carnando-Marthin dari Indonesia di pusingan pertama All England sebentar tadi. – BADMINTON PHOTO

KUALA LUMPUR – Juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal meneruskan kemaraan ke pusingan kedua Kejohanan Badminton All England apabila tewas mengejut di tangan beregu Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin.

Beregu negara di ranking kedua dunia itu tewas 18-21, 21-14, 13-21 pada aksi pusingan pertama yang berlangsung di Arena Birmingham sebentar tadi.

Kekalahan itu sememangnya langsung tidak dijangka memandangkan Aaron-Wooi Yik tidak pernah tewas kepada pasangan No.11 dunia itu dalam empat pertemuan terdahulu antara mereka.

Kali terakhir Aaron-Wooi Yik menang ke atas Carnando-Marthin adalah sewaktu Indonesia Masters tahun lalu dengan keputusan 27-25, 21-14.

Lebih malang, ini adalah kali kedua berturut-turut Aaron-Wooi Yik tewas di peringkat awal selepas turut mengalami nasib sama terkandas di pusingan kedua Terbuka Jerman minggu lalu.

Sebagai rekod, Aaron-Wooi Yik turun ke All England sebagai pilihan kedua kejohanan selain memegang status selaku juara Kejohanan Dunia yang berlangsung di Tokyo, Jepun tahun lalu.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sultan Johor cukup murka dengan Kerajaan pimpinan Mahathir

Kamal Adli boleh kehilangan nyawa jika sasaran penyerang tersasar ke bawah

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker