PN sedia terima Mahathir tapi jangan ada syarat – Hamzah


PUTRAJAYA – Perikatan Nasional (PN) sedia menerima Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai gabungan itu sekiranya bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak meletakkan sebarang syarat.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Perlembagaan Bersatu tidak melarang penyertaan Ahli Parlimen Langkawi yang terlucut keahlian pada Jun tahun lepas kerana memilih untuk terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan selepas parti keluar daripada gabungan itu.

“PN menerima sesiapa (yang) mahu ikut segala perkara dalam perlembagaan (parti) dan tanpa apa-apa syarat. Bebas (untuk) sesiapa menyatakan pandangan, masuk atau keluar (parti),” katanya pada sidang media selepas menghadiri Wacana Meja Bulat berhubung isu kalimah Allah di sini hari ini.

Hamzah diminta mengulas kenyataan Mahathir dalam temubual dengan Malaysiakini apabila mendakwa ada usaha untuk membawa beliau menyertai PN namun tidak berjaya.



Dalam wawancara itu Mahathir dilapor berkata, usaha itu gagal kerana beliau enggan bekerjasama dengan beberapa individu yang menyokong pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, keadaan mungkin berbeza sekiranya individu berkenaan tiada dalam PN, demikian menurut laporan itu. MG

Penyertaan Mahathir ke dalam PN perlu diberi perhatian – Annuar



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker