Mahu ceramah di Wilayah, perlu ada tauliah – Menteri

KUALA LUMPUR – Hanya penceramah mempunyai tauliah mengajar daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dibenarkan mengadakan kuliah di masjid dan surau di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, semua masjid dan surau diminta mematuhi ketetapan di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505]

Menurutnya, pengurusan masjid dan surau juga perlu merujuk Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Jawatankuasa Kariah) 2019 serta pekeling semasa yang ditetapkan.

Tambahnya, langkah tersebut bagi memastikan institusi berkenaan ditadbir secara efisien dan profesional khususnya melibatkan program pengimarahan dan pengajian agama.

“Masjid dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan hendaklah memastikan semua penceramah mempunyai Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan serta kekal sebagai zon aman dan bebas dari sebarang pengaruh dan unsur politik kepartian,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, pengurusan masjid dan surau berdepan tindakan di bawah peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa jika berlaku sebarang pelanggaran terhadap ketetapan tersebut.

“Masjid dan surau seharusnya menjadi medan yang memberikan pencerahan kepada ummah, menyebarkan semangat muhibah dan perpaduan.

“Masjid tidak seharusnya menjadi punca kepada kekeliruan, perbalahan dan persengketaan yang memecahbelahkan masyarakat,” ujarnya.

Isu tauliah mengajar mula menjadi topik hangat selepas pembatalan kuliah maghrib penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus (UIA) di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor, Februari lalu.

Pengarah Jabatan Agama Islam (JAIS), Datuk Shahzihan Ahmad menerusi maklum balas berhubung perkara tersebut memberitahu, UAI tidak mempunyai tauliah mengajar agama di Selangor.

Katanya, pihak masjid atau surau tidak boleh menjemput individu yang tidak memiliki tauliah mengajar yang diberikan di bawah Seksyen 118 Enekmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2016.

Ia disusuli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) yang turut memberi peringatan sama bahawa semua pemimpin dan aktivis politik di negeri tersebut tidak dibenarkan menggunakan masjid serta surau bagi menyampaikan ceramah atau mengadakan sebarang aktiviti berunsur politik kepartian.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sultan Johor cukup murka dengan Kerajaan pimpinan Mahathir

Kamal Adli boleh kehilangan nyawa jika sasaran penyerang tersasar ke bawah

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker