Skandal Jana Wibawa, syarikat Cina di Bumiputerakan – Anwar

Skandal Jana Wibawa, syarikat Cina di Bumiputerakan – Anwar

Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberitahu Dewan Rakyat bahawa sebuah syarikat milik Cina menyamar sebagai firma bumiputera untuk menyertai program Jana Wibawa.

Ini, kata Anwar, antara banyak lagi penyelewengan yang ditemui dalam siasatan terhadap program terbabit, yang dimulakan oleh pentadbiran terdahulu khusus untuk membantu kontraktor bumiputera semasa pandemik.

“Saya tak batal, saya runding semula kerana banyak pelanggaran peraturan kewangan.

“Ada syarikat Cina yang dibumiputerakan, kerana dia (pemilik) kebetulan ‘kawan baik’ (pentadbiran terdahulu) di Johor.

SPRM nak semak

“Jadi itu pun nak pertahankan. Pertahankan, dipertahankan, ini projek bumiputera bagi pada Cina, tak apa?

“Peraturan kewangan apa macam ini,” soal Anwar semasa ucapan penggulungan perbahasan Belanjawan 2023.

Anwar tidak menyebut nama syarikat terbabit, tetapi kemungkinan menyasarkan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang juga bekas menteri besar Johor dan kini ahli parlimen Pagoh.

Menurut Anwar, Jana Wibawa mempunyai dua fasa yang digelarnya sebagai “Jana Wibawa 1.0” (era Muhyiddin) dan “Jana Wibawa 2.0” (era Ismail Sabri Yaakob).

“Saya tak ambil kisah. SPRM nak semak, semak. Saya tak kata harus semak hanya siasat Jana Wibawa 1.0.

“Kalau dia rasa ada bukti, Jana Wibawa 2.0 di bawah Bera, dia siasat. Saya tak suruh,” kata Anwar.

Ketika ini, dua tokoh Bersatu dan seorang ahli perniagaan di Pagoh telah didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah berkaitan Jana Wibawa.

Selain itu, Muhyiddin turut dipanggil ke ibu pejabat SPRM hari ini untuk disoal siasat dan dijangka menghadapi beberapa pertuduhan di mahkamah esok.

Bagaimanapun, Anwar berkata dirinya telah difitnah dengan tuduhan bahawa dia yang mengarahkan siasatan SPRM itu.

“Saya nak beri tahu, saya tidak mahu jadi pegang jawatan ini untuk menganiaya atau menekan atau menzalim sesiapa.

“Saya tahu apa erti pendakwaan terpilih tetapi, Puchong ada, dia paham mengapa ini dicerca kita.

“Tanya penjelasan SPRM dan Peguam Negara, sepatutnya dituduh ke situ.

“Ini maknanya seolah-olah rasuah ni dipertahankan kerana dia kawan kita. Ini kaum kabilah asabiyah.

“Tengok dulu apa pertuduhan, tengok dulu bukti. Betul atau tidak rasuah, betul atau tidak fitnah,” kata Anwar lagi. Mk

Skandal Jana Wibawa, syarikat Cina di Bumiputerakan – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pulanglah ke pangkal jalan Sol – Ibu

Sudah terlambat Sol – Puteri Sarah

Syamsul Saja Nak ‘Torture’ Mental Puteri Sarah?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker