Pulau catat ‘box office’ di sebalik kontroversi

Pulau catat ‘box office’ di sebalik kontroversi

Penerbit filem Pulau, Fred Chong tetap gembira apabila karya sensasi produksinya yang bergenre ‘supernatural thriller’ dan mistik itu sudah berjaya mencatat kutipan ‘box office’ sebanyak RM2 juta pada minggu pertama tayangan.

Fred berkata dia melihat ia sebagai permulaan yang baik dan positif untuk karya itu. Katanya, selepas kontroversi yang berlaku sebelum tarikh tayangan di pawagam, filem berkenaan tetap mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton.

“Ia adalah satu permulaan yang baik buat kami. Terima kasih kepada semua penonton yang sudah menonton filem Pulau di

pawagam. Kami amat mengharapkan agar filem ini menepati cita rasa penonton di luar

sana. Saya mengharapkan sambutan diberi akan berterusan,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Fred berkata, pihaknya juga berasa amat bangga apabila naskhah Pulau itu berjaya menembusi pasaran Asia Tenggara

dan sudah pun ditayangkan di pawagam di Singapura. Jelasnya, pada 22 Mac ini pula, Pulau mula ditayangkan di pawagam terpilih di Indonesia.

“Baru-baru ini juga, berlangsung sesi jelajah di Singapura dan Indonesia yang dihadiri barisan pelakon Pulau seperti Amelina Henderson, Alif Satar, Ikmal Amry, Ms Puiyi dan Joey Leong.

“Sungguh tidak disangka, sesi jelajah kami di dua buah

negara ini mendapat sambutan yang hangat apabila barisan pelakon filem Pulau diserbu peminat yang sudah menunggu-nunggu kemunculan mereka,’ katanya.

Filem Pulau arahan sutradara dikenali Euho dan skrip ditulis Puovin dan Tommy Loh mengisahkan sekumpulan anak muda yang berkunjung ke sebuah pulau dan kemudian mereka berdepan dengan pelbagai kejadian mistik tidak diduga.

Menemui penonton tanah air di 124 pawagam pada 9 Mac lalu, Fred mensasarkan Pulau meraih kutipan lebih RM7 juta walaupun 10 babak dalam filem itu terpaksa dipotong untuk mendapat klasifikasi PG13, serta tayangan di Terengganu diharamkan oleh kerajaan negeri itu. HM

Pulau catat ‘box office’ di sebalik kontroversi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah

Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker