Had masa 2 jam di pusat beli-belah ditarik serta-merta, kata menteri
Had masa 2 jam di pusat beli-belah ditarik serta-merta, kata menteri
PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini menangguhkan serta-merta pelaksanaan penguatkuasaan had masa dua jam bagi pengunjung pusat beli-belah.
Menterinya Alexander Nanta Linggi berkata, penguatkuasaan Ops Had 2J itu ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
“Bagaimanapun, SOP perintah kawalan pergerakan 3.0 yang lain masih terus dikuatkuasakan.
“Kementerian berharap pengguna dan pengunjung premis perniagaan akan terus merancang perbelanjaan dan perjalanan bagi mengurangkan kesesakan di premis perniagaan yang boleh menyebabkan penularan Covid-19 meningkat,” katanya dalam kenyataan.
Pada 25 Mei lalu, KPDNHEP mengetatkan SOP dengan menguatkuasakan had dua jam bagi setiap pengunjung premis peruncitan.
Tindakan itu mendapat kritikan pelbagai pihak dan mendakwa pelaksanaan SOP itu tidak membantu mengekang penularan Covid-19.
Sementara itu, Nanta berkata, kementerian memberi jaminan bahawa bekalan barangan keperluan di seluruh negara stabil dan mencukupi ketika fasa “lockdown”.
“Adalah menjadi harapan KPDNHEP bahawa semua pihak terutama peniaga dan pengguna bersama bertanggungjawab memastikan keselamatan dan kesihatan melalui kawalan kendiri dan mengikuti SOP serta tidak melakukan pembelian panik supaya bekalan barang keperluan asas di seluruh negara terus berada pada tahap stabil dan mencukupi,” katanya.
FMT
Had masa 2 jam di pusat beli-belah ditarik serta-merta, kata menteri
Baca Artikel Menarik
- Anwar: PKR tak boleh ‘terlalu keras’ tolak segala bentuk kerjasama politik
- [VIDEO] Adik Perempuan Berlakon Dan Tiru Jadi Sajat Buat Netizen Terhibur Sungguh
- Tiga Pelacur Layan Dua Lelaki Setiap Hari. Bayaran RM240-RM250 Setiap Sesi
- Resepi Ayam Masak Merah Tomato
- Biodata Artis Bella Astillah. Profail dan Latar Belakang
- Resepi bingka labu berkeju sedap
You must be logged in to post a comment.