Pembantu nafi Muhyiddin ditahan

Pembantu nafi Muhyiddin ditahan

Seorang pembantu Muhyiddin Yassin menafikan bekas perdana menteri itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti didakwa portal berita, Harapan Daily.

Portal itu memetik sumber sebagai berkata, presiden Bersatu itu ditahan ketika bermain golf di sebuah kelab di Selangor.

Setiausaha akhbar Muhyiddin, Hafiz Abdul Halim ketika dihubungi menafikan pengerusi Perikatan Nasional itu ditahan.

“Tak betul. Dia tidak ditahan hari ini,” katanya.

Sementara itu, sumber SPRM memaklumkan Muhyiddin dijadualkan memberi keterangan di ibu pejabatnya di Putrajaya esok.

Akaun Bersatu dibekukan SPRM sebulan lalu bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Amla), sebagai sebahagian daripada siasatannya terhadap dakwaan penyalahgunaan dana kerajaan.

Pemimpin Bersatu lain yang ditahan SPRM, termasuk Bendahari Agungnya Salleh Bajuri, Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan dan Timbalan Ketua Bahagian Segambut Adam Radlan Adam Muhammad. FMT

Pembantu nafi Muhyiddin ditahan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Musa Hassan beri amaran jangan masuk campur urusan keluarga [VIDEO]

Logo rahsia beruang pada coklat Toblerone

Didakwa gigit ‘kemaluan wanita’, anak billionair dipanggil polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker