Dua mak nyah terlampau
Dua mak nyah terlampau
Dua mak nyah di Thailand ditahan di Chon Buri dan Khon Kaen kerana memperdaya empat kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun untuk membuat bahan pornografi dengan melakukan seks secara berkumpulan dan menjual ‘bahan’ itu melalui akaun Twitter dan aplikasi LINE.
Portal Thaiger melaporkan, Biro Siasatan Pusat (CIB) bekerjasama dengan Bahagian Antipemerdagangan Orang (ATPD) untuk menahan dua suspek itu kerana disyaki terbabit dalam kes pornografi kanak-kanak.
Suspek terbabit dikenal pasti sebagai Lakkana, 20, dan Natenapa, 19.
ATPD menyiasat empat akaun Twitter mencurigakan yang mengiklankan bahan pornografi kanak-kanak.
Akaun itu didapati menarik pengguna untuk membayar yuran keahlian antara 300 baht (kira-kira RM39) hingga 399 baht (kira-kira RM51) bagi mengakses bahan lucah di kedua-dua di Twitter dan LINE.
Pegawai polis menyamar sebagai pelanggan, membayar keahlian, dan menemui beberapa video lucah kanak-kanak yang menunjukkan dua mak nyah melakukan hubungan seks berkumpulan dengan empat kanak-kanak lelaki bawah umur itu.
Pihak berkuasa menyoal siasat empat kanak-kanak itu dan mengumpul bukti sebelum menangkap dua suspek terbabit
Lakkana mengaku menjual lucah selama tiga tahun dan mengajak Natenapa untuk ikut serta setahun lalu.
Mereka juga mengaku bertemu dengan salah seorang mangsa di Twitter dan meyakinkannya untuk mengajak rakan lain melakukan seks sebagai pertukaran wang.
CIB mengenal pasti empat kanak-kanak lelaki itu sebagai mangsa pemerdagangan manusia dan kesemuanya kini sedang menjalani pemulihan fizikal dan mental.
Pegawai CIB memberitahu kedua-dua suspek berdepan sembilan pertuduhan, yang setiap satunya boleh dikenakan hukuman berat penjara lebih 10 tahun, tetapi tidak memberikan butiran terperinci mengenainya. HM
Dua mak nyah terlampau
Baca Artikel Menarik:
- Mahu berunding atau bermusuh, Anwar tanya pembangkang
- Wetland Studios Putrajaya dibuka 1 Mei
- Tanah Suci bukan tempat iklan bisnes
- 70% aset, dana 1MDB diperoleh semula
- Petaling Street digempur 4 agensi
- Pukul Isteri Hingga Lebam Kerana Tegur Marah Anak
- Moderator TikTok Bakal Didakwa Dera Monyet Sampai Mati
- Jangan serang kami, Anwar beritahu Hadi
- Keputusan JPPM ‘tamparan’ buat kem anti-Zahid
- JDT mengamuk seperti Liverpool, belasah N Sembilan 7-0
- Saya maafkan menantu walaupun dua nyawa jadi korban
- Projek Musang King: Orang Asli dakwa dihalau kelaur dari tanah adat
- Guan Eng dedah diugut Mahathir 3 kali untuk dipecat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET