Selepas 4 tahun ghaib, lelaki didakwa rogol gadis bawah umur ditahan semula

Selepas 4 tahun ghaib, lelaki didakwa rogol gadis bawah umur ditahan semula

Seorang lelaki yang “menghilangkan diri” selepas didakwa merogol gadis bawah umur sehingga mengandung empat tahun lalu, akhirnya ditahan semula, semalam.

Suspek berusia 27 tahun itu ditahan kira-kira 1.30 pagi dan dituduh di Mahkamah Sesyen Klang.



Ketua Polis Klang Selatan, Cha Hoong Fong, berkata kes bermula pada 5 Julai 2018 ketika suspek berusia 23 tahun yang juga teman lelaki mangsa ditangkap bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek merogol remaja berusia 16 tahun itu yang dikenalinya pada September 2017 melalui aplikasi WeChat.

Katanya, suspek melakukan hubungan seks dengan remaja itu pada Oktober 2017 di sebuah hotel di Klang.

“Selepas siasatan terhadap suspek selesai, suspek dibebaskan dengan jaminan polis, manakala kertas siasatan dirujuk timbalan pendakwa raya dan mendapat arahan tuduh mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.



“Bagaimanapun, suspek tidak dapat dikesan bagi pertuduhan, maka waran tangkap dipohon daripada mahkamah dan suspek dijadikan sebagai ‘orang dikehendaki’,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Mengulas mengenai kes itu, beliau berkata, pada 11.30 malam, 18 Jun 2018 lalu, mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan hasil pemeriksaan mendapati dia menggugurkan kandungannya pada 12 Jun 2018.

Menurutnya, pada April 2018, mangsa mengandung dan bagi menyembunyikan perkara itu daripada ahli keluarga, mangsa mendapat nasihat rakan lain di WeChat untuk mengambil ubat keguguran.

Katanya, pada awal pagi 12 Jun 2018, mangsa mengambil empat biji ubat keguguran yang diberikan oleh rakannya dan melahirkan bayi lelaki cukup sifat tetapi tidak bernyawa dalam tandas rumah, pada 9 pagi.



“Selepas itu, mangsa memasukkan bayi itu ke dalam plastik dan membuangnya ke dalam tong sampah di tepi jalan, lebih kurang 2km dari rumah.

“Ketika itu, ahli keluarga mangsa tiada di rumah, bagaimanapun pada 18 Jun 2018 mangsa mengadu sakit badan kepada ahli keluarganya lalu dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.

Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan rogol mangsa berusia 16 tahun ke bawah dan Seksyen 318 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyembunyikan kelahiran.
FMT

Selepas 4 tahun ghaib, lelaki didakwa rogol gadis bawah umur ditahan semula




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis



Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker