Tiada peruntukan khusus kepada Yayasan Kepimpinan Perdana

Tiada peruntukan khusus kepada Yayasan Kepimpinan Perdana

Kerajaan tidak mengeluarkan sebarang peruntukan khusus kepada Yayasan Kepimpinan Perdana, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak danTugas-Tugas Khas) Armizan Mohd Ali.

Armizan berkata penyediaan ruang pejabat bagi kegunaan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana adalah selaras dengan kelayakan Elaun dan Keistimewaan bagi bekas perdana menteri seperti mana yang diperuntukkan di bawah Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 (Akta 237).

“Keberadaan bekas Perdana Menteri ke-7 di Bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana adalah disebabkan sebahagian ruang dalam bangunan yang merupakan hak milik Yayasan Kepimpinan Perdana di Presint 8, Putrajaya tersebut, telah disewa oleh Jabatan Perdana Menteri untuk dijadikan Pejabat Urus Setia Bekas Perdana Menteri ke-7,” katanya.

Armizan berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Ismail Abd Muttalib (PN-Maran) yang meminta perdana menteri menyatakan apakah status Yayasan Kepimpinan Perdana kerana didapati bekas Perdana Menteri ke-7 masih berada di situ.

Ismail juga bertanya berapa perbelanjaan yang dikeluarkan oleh kerajaan setiap tahun untuk Yayasan Kepimpinan Perdana.

Armizan berkata Yayasan Kepimpinan Perdana telah didaftarkan sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan (SBMJ) di bawah Akta Syarikat 1965 pada 24 Januari 2003.

Menurutnya, status Yayasan tersebut adalah “Existing” di dalam daftar Syarikat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sehingga kini.

“Dalam hal ini, kerajaan tidak mengeluarkan sebarang peruntukan khusus yang disalurkan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana,” katanya.

Yayasan itu disewakan pada Januari 2003 sebagai sebuah badan bukan keuntungan semasa Mahathir menjadi perdana menteri.

Bangunan yang didudukinya itu dilancarkan pada 2005 oleh perdana menteri ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi.

Mahathir terus menduduki bangunan itu termasuklah ketika dia menjadi perdana menteri kali kedua antara 2018 dan 2020. Mk

Tiada peruntukan khusus kepada Yayasan Kepimpinan Perdana

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Ingat LRT bapak kau punya”

A Aida takkan beri ‘job’ kepada Hafidz Roshdi

Syamsul enggan cerai Puteri Sarah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker