Angelina Jolie akhirnya mengecam Zionis, kutuk pengeboman Jabalia

Angelina Jolie akhirnya mengecam Zionis, kutuk pengeboman Jabalia

JIKA selama ini dikecam bersikap nuetral berhubung konflik Palestin-Israel, pengebomban kem pelarian Jabalia di Gaza pada Selasa lalu menjadi titik perubahan buat bintang filem terkenal dunia, Angelina Jolie untuk bangkit menyuarakan pandangannya.

Angelina yang juga aktivis kemanusiaan secara terang-terangan mengutuk perbuatan kejam tentera Zionis yang disifatkan sebagai tindakan disengajakan.



Katanya, sejak konflik Palestin-Israel tercetus dua dekad lalu wilayah tersebut menjadi penjara terbuka dan kini bakal menjadi tapak kuburan terbesar.

“Ini adalah pengeboman yang sengaja dilakukan terhadap penduduk yang terperangkap di situ tanpa berpeluang melarikan diri.

“Sebanyak 40 peratus mangsa korban adalah kanak-kanak yang tidak berdosa, manakala banyak lagi keluarga terbunuh,” katanya menerusi perkongsian dalam Instragram yang diikuti hampir 15 juta pengikut.

Bintang Lara Croft: Tomb Raider itu turut menjentik pemimpin dunia yang hanya memerhati dari jauh kekejaman yang dilakukan tentera Israel terhadap rakyat Palestin khususnya kanak-kanak, wanita dan warga emas.



“Berjuta-juta penduduk awam Palestin tidak mendapat pembelaan secara kolektif, sebaliknya dihukum dengan kelewatan bantuan kemanusiaan termasuk makanan dan bekalan ubat.

“Sekali gus semua ini bertentangan dengan undang-undang hak asasi antarabangsa,” kongsinya lagi.

Lebih menjengkelkan ujarnya, pemimpin dunia juga seakan-akan tidak berupaya untuk sepakat melakukan gencatan senjata secara menyeluruh bagi mengekang tragedi berdarah itu.

“Pemimpin dunia juga terlibat dalam jenayah sebegini kerana tidak memenuhi tuntutan gencatan senjata, selain menghalang kemasukan wakil Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), ” katanya.



Kelmarin, Israel melancarkan serangan udara ke kem pelarian Jabalia di utara Gaza selama dua hari berturut-turut yang mengorbankan puluhan nyawa, dengan ramai mangsa lain mengalami kecederaan.

Kem Jabalia yang berkeluasan 1.4 kilometer persegi itu didirikan sekitar tahun 1948 dan sehingga kini telah menampung seramai 116,000 pelarian perang dari pelbagai wilayah berhampiran.

Kelantangan bekas duta khas agensi Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) itu meraih pujian pengikutnya.

Sebelum ini Jolie berdepan kecaman apabila didakwa seakan-akan menutup mata terhadap tindakan Zionis menjarah bumi Gaza. K Online



Angelina Jolie akhirnya mengecam Zionis, kutuk pengeboman Jabalia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?



Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini



Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker