Tauliah mengajar agama di Selangor, tiada ‘laluan istimewa’ individu tertentu – MAIS

Tauliah mengajar agama di Selangor, tiada ‘laluan istimewa’ individu tertentu – MAIS

Tiada ‘laluan istimewa’ atau pengecualian kepada penceramah yang berhasrat menyampaikan ceramah agama Islam di Selangor meskipun mereka dalam kalangan individu berpengaruh, popular atau dikenali umum.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata semua penceramah perlu melalui beberapa proses membabitkan ujian bertulis, temu duga, tapisan undang-undang sebelum dibawa ke Jawatankuasa Tauliah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Tiada laluan istimewa (penceramah tertentu) walaupun mereka dikenali umum dan popular. Kita tetap kena semak syarat-syaratnya.

“(Jika) hendak mengajar agama Islam (di Selangor) kita kena pastikan mereka benar-benar mengetahui (ilmu berkenaan). (Ustaz Azhar Idrus) pihak masjid itu ada buat permohonan minta pengecualian (untuk beliau), jawapan diberi dengan tegas bahawa JAIS tidak ada pengecualian.

“Permohonan dihantar melalui surat saja, sampai pada JAIS didapati tidak memenuhi syarat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pembatalan ceramah dua penceramah iaitu Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Muhammad Wadi Annuar di Selangor, baru-baru ini.

Terdahulu, beliau menyempurnakan perasmian penutup Forum Kekeluargaan Undang-Undang dan Pencerahan Undang-Undang bertajuk ‘Poligami: Mengikut Sunnah atau Mencari Rebah’ anjuran MAIS dengan kerjasama JAIS di Masjid Negeri, di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata, sehingga tahun lalu seramai 5,642 penceramah mendapat tauliah mengajar agama Islam di Selangor.

“Tempoh masa bagi tauliah yang dipohon itu adalah tiga tahun dan semua penceramah boleh memohon secara dalam talian.

“Kita akan mengadakan Jawatankuasa Tauliah empat kali setahun, jadi sebanyak empat kali permohonan tauliah itu dibawa masuk ke Jawatankuasa Tauliah,” katanya. BH

Tauliah mengajar agama di Selangor, tiada ‘laluan istimewa’ individu tertentu – MAIS

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Ingat LRT bapak kau punya”

A Aida takkan beri ‘job’ kepada Hafidz Roshdi

Syamsul enggan cerai Puteri Sarah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker