Sering pindah parlimen, Anwar tak tahu kesengsaraan rakyat

 

Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan Anwar Ibrahim tidak memahami kemahuan rakyat kerana sering bertukar kawasan ketika bertanding pilihan raya.

Ahmad Fadhli (PN-Pasir Mas) berkata demikian ketika menegaskan bahawa peruntukan bantuan banjir perlu diberikan secara langsung kepada ahli parlimen.



“Apabila YAB Tambun (Anwar) sebut tadi bahawa peruntukan telah dan disalurkan kepada agensi-agensi yang berkaitan dan tindakan-tindakan diambil untuk kebajikan rakyat.

“Tapi tadi kita dengar bagaimana ahli-ahli Parlimen daripada kerajaan sendiri memohon supaya peruntukan untuk banjir ini diberikan secara langsung kepada ahli parlimen.

“Jadi, saya lihat YAB perdana menteri seolah-olah beliau tidak merasai apa yang dirasai oleh ahli-ahli parlimen, yang sering berada bersama-sama dengan rakyat, mungkin kerana puncanya beliau sering bertukar kawasan… jadi beliau tidak tahu apa yang rakyat mahukan,” katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Anwar sebelum ini berkata kerajaan menyalurkan semua bantuan terus kepada golongan yang memerlukan termasuk mangsa banjir meskipun ia tidak disalurkan melalui ahli parlimen.



Mengambil contoh peruntukan RM50 juta untuk keperluan banjir di Johor, Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan ia disalurkan kepada mangsa banjir dan bukannya kepada negeri yang terkesan akibat bencana itu.

Pada pilihan raya umum (PRU) lalu, Anwar bertanding di Tambun dan seterusnya merampas kerusi itu yang sebelum ini disandang Bersatu.

Selain Tambun, Anwar juga pernah menjadi ahli parlimen Port Dickson dan Permatang Pauh.

Sementara itu, dalam sidang media yang sama, Ahmad Fadhli memberitahu bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh Pemuda PAS berhubung akaun Twitter yang mengaitkan parti itu dengan kumpulan pengganas Isis, bertarikh 5 Mac.



“Tuduhan ini dibuat secara jelas dan terang. Kami minta supaya polis bertindak seberapa segera, membuat siastaan dan tangkapan yang perlu kerana tweet (ciapan) sebegini boleh menimbulkan ancaman dan keharmonian, juga hubungan antara kaum dan ancaman terhadap kebebasan demokrasi dalam negara ini,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Ingat LRT bapak kau punya”

A Aida takkan beri ‘job’ kepada Hafidz Roshdi



Syamsul enggan cerai Puteri Sarah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker