Pengesahan menteri bukti tiada pelanggaran perlembagaan – Ahmad Maslan
Pengesahan menteri bukti tiada pelanggaran perlembagaan – Ahmad Maslan
Pengesahan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berhubung status usul Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang meluluskan supaya tiada pemilihan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden membuktikan tidak pelanggaran kepada Perlembagaan Umno.
Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan berkata demikian sambil menjelaskan ini bukan kali pertama jawatan utama itu tidak dipertandingkan pada pemilihan Umno.
“Terima kasih atas kenyataan ini. Saya sudah jelaskan yang tiada sebarang pelanggaran kepada peraturan dan perlembagaan Umno berhubung usul PAU2022.
“Ini bukan kali pertama jawatan presiden dan timbalan tidak dipertandingkan.
“Maka kita terus melangkah kehadapan untuk mendekati dan membantu rakyat,” katanya pada satu hantaran di Facebooknya, hari ini.
Terdahulu, Saifuddin menggunakan budi bicaranya selaku menteri untuk mengecualikan Umno daripada dibatalkan pendaftarannya.
Dalam kenyataannya, dia berkata Kementerian Dalam Negeri memberi pengecualian terhadap pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 kepada Umno.
Ia berhubung usul tambahan yang diluluskan dalam Perhimpunan Agung Umno 2022 berkaitan jawatan presiden dan timbalan presiden Umno yang tidak dipertandingkan pada pemilihan parti.
Saifuddin berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti ketetapan yang dibuat oleh perhimpunan itu daripada setiausaha Agung Umno pada 3 Mac 2023.
Seksyen 13 berkaitan pembatalan sesebuah pertubuhan.
Menurut seksyen 70 akta itu, menteri boleh menggunakan budi bicara bagi mengecualikan sesebuah pertubuhan daripada mana-mana peruntukan bawahnya.
Dua hari lepas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya akan menerbitkan surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang meluluskan usul tambahan parti itu agar dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan pada pemilihan tahun ini. Mk
Pengesahan menteri bukti tiada pelanggaran perlembagaan – Ahmad Maslan
Baca Artikel Menarik:
- Mahu berunding atau bermusuh, Anwar tanya pembangkang
- Wetland Studios Putrajaya dibuka 1 Mei
- Tanah Suci bukan tempat iklan bisnes
- 70% aset, dana 1MDB diperoleh semula
- Petaling Street digempur 4 agensi
- Pukul Isteri Hingga Lebam Kerana Tegur Marah Anak
- Moderator TikTok Bakal Didakwa Dera Monyet Sampai Mati
- Jangan serang kami, Anwar beritahu Hadi
- Keputusan JPPM ‘tamparan’ buat kem anti-Zahid
- JDT mengamuk seperti Liverpool, belasah N Sembilan 7-0
- Saya maafkan menantu walaupun dua nyawa jadi korban
- Projek Musang King: Orang Asli dakwa dihalau kelaur dari tanah adat
- Guan Eng dedah diugut Mahathir 3 kali untuk dipecat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
A Aida takkan beri ‘job’ kepada Hafidz Roshdi