Usul tergempar surat JPPM dibawa di Dewan Rakyat esok

Usul tergempar surat JPPM dibawa di Dewan Rakyat esok

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim akan mengemukakan usul tergempar di Dewan Rakyat, esok berhubung kewujudan surat yang dikatakan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mengenai pemilihan Umno.

Bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis itu berkata, usul tergempar itu akan dikemukakan mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) bagi menuntut Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi penjelasan mengenai ketulenan surat berkenaan.

Selain itu, katanya, usul tergempar itu juga menuntut KDN menjelaskan mengenai pengecualian yang diberikan kepada Umno daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966.

“Insya-Allah saya akan bawa (usul tergempar). Perkara ini harus dibawa dalam Parlimen…saya rasa ia wajar untuk saya bawa mengikut Perkara 18(1) untuk usul ini disegerakan.

“Kita nak supaya rakyat memahami dengan betul-betul tujuan menteri berbuat demikian (memberi pengecualian kepada Umno).

“Usul ini akan dibawa secara tergempar kerana ia membabitkan kepentingan awam, dan atas dasar apa pengecualian diberikan. Kami juga nak penjelasan, adakah surat ini benar dan sebagainya,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Terdahulu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) mendedahkan wujud surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung Umno, menyatakan bahawa usul tambahan dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 yang menghalang pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, sebagai tidak sah.

Menurut surat bertarikh 2 Mac lalu, Ketua Whip Parlimen PNitu mendakwa RoS berpandangan usul tambahan berkenaan tidak teratur serta bertentangan dan bercanggah dengan peruntukan Fasal 9.3 Perlembagaan Umno.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, KDN memberi pengecualian kepada Umno daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966, berhubung keputusan usul tambahan tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti tahun ini.

Keputusan itu diberi mengikut Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966, yang memperuntukkan menteri boleh menggunakan budi bicaranya untuk mengecualikan mana-mana pertubuhan berdaftar daripada semua atau mana-mana peruntukan dalam Akta Pertubuhan 1966.

Seksyen 13(1)(c)(iv) akta berkenaan pula memperuntukkan Pendaftar boleh membatalkan pendaftaran mana-mana pertubuhan berdaftar yang didapati melanggar secara sengaja mana-mana peruntukan atau peraturan dalam akta itu.

Fasal 9.3 Perlembagaan Umno yang dikatakan dipetik dalam surat RoS yang dibacakan Takiyuddin, memperuntukkan semua jawatan tertinggi Umno, termasuk Presiden dan Timbalan Presiden, perlu dipilih dalam mesyuarat perwakilan bahagian setiap tiga tahun.

Pada 20 Januari lalu, dua ahli Umno memfailkan notis bantahan kepada RoS berhubung ketetapan PAU 2022 untuk tidak mempertandingkan dua jawatan itu yang didakwa tidak sah dan bercanggah dengan perlembagaan parti. BH

Usul tergempar surat JPPM dibawa di Dewan Rakyat esok

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Ingat LRT bapak kau punya”

A Aida takkan beri ‘job’ kepada Hafidz Roshdi

Syamsul enggan cerai Puteri Sarah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker