Pavilion Malaysia rangkul Anugerah Emas, PM ucap tahniah

Pavilion Malaysia rangkul Anugerah Emas, PM ucap tahniah

PAVALION Malaysia berjaya merangkul Anugerah Emas bagi Tafsiran Tema di bawah kategori Pavilion Kecil oleh Bureau International des Expositions (BIE), 30 Mac lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan berita baik berkenaan dalam satu hantaran di Facebook hari ini.



Menurut beliau, pengiktirafan berkenaan mencerminkan kejayaan Malaysia di pentas antarabangsa dalam menyampaikan komitmen negara terhadap kelestarian dengan mengekalkan biodiversiti.

“Anugerah ini juga merupakan testimoni antarabangsa terhadap pengisian program-program di Pavilion Malaysia seiring dengan tema, konsep dan reka bentuk Pavilion yang bertemakan kanopi hutan hujan (rainforest canopy) dengan mengguna pakai pelbagai konsep semula jadi seperti air terjun, taman-taman menegak dan elemen-elemen semula jadi yang lain,” katanya hari ini.

Terdahulu, Pavilion Malaysia merangkul Anugerah Emas pertamanya bagi kategori Tafsiran Tema di mana kategori berkenaan mengiktiraf tafsiran pavilion (bagi yang berukuran kurang daripada 1,750 meter persegi) berkaitan tema Ekspo 2020 Dubai ‘Menghubungkan Minda, Mencipta Masa depan’, dengan subtema ‘Kelestarian, Mobiliti dan Peluang’.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam kenyataan sebelum ini menyatakan setiap pavilion dinilai dari segi keberkesanan komunikasinya dengan dunia mengenai usaha untuk menyelesaikan cabaran mendesak yang berkaitan dengan tema terbabit.



Membawa tema ‘Energising Sustainability’, Pavilion Malaysia menceritakan bagaimana kemajuan sosioekonomi boleh berlaku tanpa mengorbankan alam sekitar, dengan rakyat membina kemajuan ke arah masa depan yang lebih mampan.

Baca juga: Doktor keluarkan ketumbuhan kelenjar air liur seberat tiga kilogram
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba sebelum ini dilaporkan berkata, ia satu kemenangan penting bagi negara kerana ini Anugerah Emas pertama Malaysia di Ekspo Dunia, sekali gus mencerminkan kejayaan dalam memberitahu dunia tentang komitmen negara ke arah kelestarian menerusi pengekalkan biodiversiti. E9

Pavilion Malaysia rangkul Anugerah Emas, PM ucap tahniah


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan



Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker