Amazon Web Services labur kerana yakin kestabilan Kerajaan Perpaduan

Amazon Web Services labur kerana yakin kestabilan Kerajaan Perpaduan

Amazon Web Services (AWS) membuat keputusan untuk melabur di Malaysia selepas yakin dengan politik yang stabil dan pimpinan serta dasar yang jelas di bawah Kerajaan Perpaduan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata rundingan antara AWS dan kerajaan sudah bermula sejak 2019, namun mereka tidak membuat keputusan di bawah dua pentadbiran sebelum ini, dan hanya menghubungi kerajaan di bawah pimpinan sedia ada.



“Ini daripada maklumat Amazon sendiri. Mereka memilih kerana yakin dengan politik stabil, pimpinan dan arahan serta dasar ekonomi yang jelas.

“Cara kita dekati (pelabur asing) adalah jelas. Ia harus telus, tidak ada rundingan terus, tidak ada rundingan membabitkan mana-mana ejen dan beberapa syarikat tempatan yang kita pilih.

“Kita katakan, mereka harus pilih secara telus dan bebas, dengan syarat mengikut peraturan ditetapkan,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) mengenai perbezaan pendekatan Kerajaan Perpaduan dengan kerajaan terdahulu untuk menarik dan menggalakkan pelaburan berkualiti ke Malaysia, susulan pelaburan AWS bernilai RM25.5 bilion menjelang 2037 dan Tesla ke Malaysia. BH



Berita lanjut menyusul

Amazon Web Services labur kerana yakin kestabilan Kerajaan Perpaduan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ceramah Ustaz Wadi Annuar pula dibatalkan di Selangor

Rasa Macam Nak Bagi Penampar, Awie Naik Angin



Tetamu tidak hadir majlis perkahwinan, Pengantin rugi RM121,000

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker