Biodata Artis Elisya Sandha

Berikut adalah Biodata, Profail dan Latar Belakang Artis Elisya Sandha yang dikemaskini pada 24 Apr 2021. Nur Elisya binti Mohd Faisal (lahir 8 Jun 1999) atau lebih dikenali sebagai Elisya Sandha ialah seorang pelakon, model, penyanyi dan pengacara wanita Malaysia. Beliau merupakan adik tiri kepada pelakon Fasha Sandha.

Elisya bertunang dengan anak sulung pelakon Sheila Rusly, Uzair Haqimy Azman.

Biodata

Nama penuh: Nur Elisya binti Mohd Faisal

Nama popular: Elisya Sandha

Tarikh lahir: 7 Jun 1999

Umur: 19 tahun

Kelahiran: Kuala Lumpur, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon, model, pengacara dan penyanyi

Media sosial: Instagram @elisyasandhaofficial

Fakta Menarik

1. Anak bongsu daripada enam adik-beradik.

2. Adik kepada pelakon Fasha Sandha. Beliau memanggil Fasha dengan gelaran ‘Angah’.

3. Mendapat pendidikan di SMK Convent Bukit Nenas.

4. Aktif dalam bidang lakonan sejak berusia 15 tahun lagi.

5. Menidakkan menggunakan nama Fasha sebagai batu loncatan untuk mencipta nama dalam industri kerana dia juga menghadiri ujibakat sebagaimana bintang-bintang baru lain demi mendapat tempat dalam sesebuah produksi drama ataupun filem.

6. Namun perjalanan awalnya tidak dinafikan banyak dibantu oleh nasihat Fasha yang terlebih awal melalui liku-liku hidup sebagai anak seni.

7. Kerjayanya diuruskan oleh ibunya sendiri.

8. Antara kritikan negatif yang pernah diterima termasuk digelar “nampak tua sebelum usia” dan bakat lakonan pula pernah dikatakan ‘kayu’. Namun Elisya tidak berkecil hati, malah mengambil komen itu daripada sudut positif .

9. Bercita-cita ingin menjadi akauntan.

10. Penglibatannya dalam drama menerusi Bila Chacha Masuk Asrama (2014), Destinasi G4 (2015), Mamu Mami Gosip (2018), Mimpi Yang Sempurna (2018), Wanita Yang Dikasihi (2018), Mencari Qiblat (2018) dan Pujaan Hati Kanda (2018).

11. Manakala telefilem lakonannya pula ialah Aku Mahu Ke New York (2015), Hai Lah Menantu (2015), Cinta Gred A (2017) dan Mat Rukun (2017).

12. Menerusi filem, Elisya pernah terbabit dalam Natchatiran (2015), Anak Mami Nasi Kandaq (2016), Cendol: Kepada Allah Aku Berserah (2016) dan Perjanjian Syaitan (2016).

13. Pernah menghoskan program Misi Kita pada tahun 2014.

Elisya Sandha
Kelahiran
Nur Elisya binti Hassan

8  Jun 1999 (umur 21)

Kuala Lumpur, Malaysia
Pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Pusat pendidikan Convent Bukit Nanas
Pekerjaan
  • Pelakon
  • model
  • pengacara
  • penyanyi
Tahun aktif 2014–kini
Saudara Fasha Sandha (kakak)

Foto

VIDEO

SHEILA RUSLY NAFI ELISYA SANDHA DUDUK RUMAH BAKAL SUAMI.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker