Mayat anak nyaris dibakar tiba-tiba dimaklum masih hidup

Mayat anak nyaris dibakar tiba-tiba dimaklum masih hidup

TAMPIN: Sepasang suami isteri terkejut dan bingung apabila anak mereka, C. Lakshman, 19, yang mahu disemadikan selepas meninggal dunia di Penjara Sungai Buloh akibat kegagalan paru-paru tiba-tiba `hidup’ semula.

Mayat Lakshman yang meninggal dunia pada 2 Mac sudah dibawa pulang dari Hospital Sungai Buloh malam kelmarin dan semasa urusan menyemadikan mendiang, tiba-tiba ahli keluarga menerima panggilan dari Penjara Sungai Buloh memberitahu anak mereka masih hidup.

Wakil keluarga yang juga Pengerusi Malaysian Indian Action Force (MIAForce), Dayalan Sreebalan berkata, keluarga berkenaan kini bukan hanya tidak mengetahui mayat siapakah yang dibawa pulang bahkan sudah berbelanja ribuan ringgit sebagai persediaan mengebumikan mayat yang bukan anak mereka.

Malah menurut beliau, kesilapan tertukar identiti mayat berkenaan bukanlah sesuatu yang `main-main’ kerana kecuaian tersebut memberi kesan kepada emosi ahli keluarga yang terpaksa datang dari Johor ke Sungai Buloh bagi menguruskan mayat yang bukan anak mereka.

Kata Dayalan, pihak keluarga berkenaan bingung kerana tidak selama ini tidak mengetahui bahawa anak mereka ditangkap dan sedang berada di penjara.

“Sampai sekarang mereka masih trauma, hanya beberapa jam sebelum upacara membakar mayat, mereka terima panggilan dari pihak penjara memaklumkan anak mereka masih hidup,” kata beliau ketika ditemui di Taman Desa Permai Repah di sini semalam.

Susulan itu, kata Dayalan, bapa kepada tahanan yang masih hidup telah membuat laporan polis kerana masalah yang mencetuskan kekeliruan.

Difahamkan, pihak keluarga terbabit memilih untuk menguruskan pengebumian di rumah salah seorang saudara mereka di Tampin susulan negeri Johor kini dilanda banjir.

Sementara itu, A. Chantren, 45, iaitu bapa kepada Lakshman berkata, dia menerima panggilan telefon daripada pihak Penjara Sungai Buloh pada 3 Mac yang memaklumkan anaknya telah meninggal dunia pada 2 Mac dan proses bedah siasat dijalankan di Hospital Sungai Buloh.

“Jadi kami ke hospital untuk melihat mayat Lakshman pada 4 Mac namun pihak berkenaan tidak membenarkan kami berbuat demikian kerana perlu terus menandatangani terlebih dahulu borang yang disediakan,” katanya.

Katanya, dia dimaklumkan anak tersebut adalah mayat anaknya dan semasa melihat dia sendiri bingung kerana keadaan fizikal mayat sudah botak serta berubah disebabkan sudah meninggal dunia beberapa hari.

“Hanya beberapa jam sebelum dibakar kami terima panggilan dari penjara memaklumkan anak masih hidup. Saya masih tertanya-tanya dan rupanya anak saya ditangkap pada 28 Februari lalu,” katanya.

Kata Chantren lagi, anaknya itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan pada bulan Jun tahun lalu, anaknya berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bekerja di pasar borong.

Menurutnya, kali terakhir mereka berhubung pada 25 Februari lalu namun selepas itu anaknya gagal dihubungi.

Ia sehinggalah mereka mengetahui keadaan anaknya apabila dihubungi penjara memaklumkan anaknya sudah meninggal dunia dan diarahkan menuntut mayat di hospital.

Tinjauan ke lokasi mendapati pihak penjara sudah sampai ke lokasi sekitar pukul 3 petang bagi mengambil semula mayat yang bukan Lakshman. Utusan

Mayat anak nyaris dibakar tiba-tiba dimaklum masih hidup

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ceramah Ustaz Wadi Annuar pula dibatalkan di Selangor

Rasa Macam Nak Bagi Penampar, Awie Naik Angin

Tetamu tidak hadir majlis perkahwinan, Pengantin rugi RM121,000

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker