Kebulur punya pasal, Gajah mengamuk terbalikkan trak

 

Gambar menunjukkan seekor gajah menterbalikkan trak di tepi jalan di daerah Tha Takiap, Thailand kelmarin. – Foto Thaiger

BANGKOK – Seekor gajah liar  dipercayai lapar di daerah Tha Takiap, Thailand berkeliaran di sebatang jalan sehingga menyebabkan sebuah trak terhenti dan haiwan itu seolah-olah ‘naik minyak’ apabila menterbalikkan kenderaan tersebut dengan belalainya kelmarin.

Menurut portal berita Nation of Thailand, insiden itu berlaku di Pusat Perlindungan Hidupan Liar Khao Ang Rue Nai, timur Bangkok dan dirakam  menerusi kamera video sebuah kereta yang melalui jalan sama.

Gajah itu dipercayai lapar dan menyangka terdapat makanan di dalam trak itu.



Seorang lelaki dikenali sebagai Tao yang memandu kereta ketika isterinya merakam video itu berkata, haiwan itu melintas  jalan ketika keluarganya dalam perjalanan ke Chonburi.

“Saya tidak percaya seekor gajah liar menggunakan belalainya untuk menolak trak itu di tepi jalan,” katanya.

Tambahnya, semua orang di dalam keretanya menjadi panik apabila kejadian itu berlaku, terutama anaknya

Bimbang akan keselamatan pemandu trak itu, dia segera menghubungi agensi perlindungan hidupan liar.



Pegawai-pegawai hidupan liar itu kemudian tiba di tempat kejadian dan menghalau gajah itu sebelum membantu pemandu lori trak tersebut keluar dari kenderaannya dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ceramah Ustaz Wadi Annuar pula dibatalkan di Selangor

Rasa Macam Nak Bagi Penampar, Awie Naik Angin



Tetamu tidak hadir majlis perkahwinan, Pengantin rugi RM121,000



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker