Saya akan terus ceramah dalam surau dan masjid – Hadi

Saya akan terus ceramah dalam surau dan masjid – Hadi

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menegaskan adalah bukan satu kesalahan untuk ahli politik memberikan kuliah atau ceramah agama di seluruh masjid serta surau-surau.

Sebaliknya, menurut Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu adalah menjadi satu kewajipan untuk pemimpin bercakap mengenai politik Islam.

“Kita kena sedar dalam Islam, politik dan agama tak boleh dipisahkan. Nabi SAW pun cakap politik dalam khutbah.

“Kita bercakap tentang Islam dan dalam politik ada Islam, maka politik Islamlah. Tak jadi salah dan wajib untuk kita bercakap.

“Benda yang tak betul, kita kena tegur. Sama ada hal ehwal ekonomi, politik atau apa ke, yang salah wajib untuk orang Islam tegur. Termasuk amar makruf dan nahi mungkar,” tegas Abdul Hadi dalam sidang media selepas hadir menyempurnakan Majlis Penutup Hari As-Sabiqun di Dewan Tok Guru, Rusila di Marang, Terengganu, hari ini.

Abdul Hadi berkata demikian mengulas larangan terhadap semua ahli politik termasuk ahli parlimen, ahli dewan undangan negeri (Adun) serta ahli Dewan Negara memberikan kuliah atau ceramah agama di seluruh masjid serta surau di Terengganu, termasuk khutbah Jumaat.

“Itu mengulangi arahan yang lama, sejak tahun 1960an lagi,” kata presiden PAS lagi.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) Terengganu, Shaikh Harun Shaikh Ismail dalam satu kenyataan semalam berkata larangan tersebut dibuat agar semua tempat ibadat umat Islam di negeri itu tidak disalahgunakan untuk tujuan politik kepartian.

Menurut Shaikh Harun arahan larangan tersebut – yang bertarikh 2 Mac – dikeluarkan ekoran Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, yang dukacita apabila ada ahli politik tertentu mengajar agama atau menjadi khatib dan imam solat tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Bagaimanapun menurut Shaikh Harun, pengecualian diberikan kepada pemegang tauliah mengajar atau dengan kebenaran daripada Maidam Terengganu.

Mengulas lanjut larangan itu, Abdul Hadi yang juga ahli Parlimen Marang berkata, apa yang dinyatakan itu adalah mengulangi arahan lama yang telah digunapakai sejak tahun 60-an lagi dan PAS sudah laluinya.

Malah, Abdul Hadi berkata dia akan tetap meneruskan aktiviti berceramah dan khutbahnya seperti biasa di masjid dan surau-surau.

“Saya akan teruskan ceramah seperti biasa di surau-surau dan masjid-masjid. Ya, (akan teruskan) macam biasa,” jelasnya. Mk

Saya akan terus ceramah dalam surau dan masjid – Hadi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama

Fizz Fairuz kena sembur dengan Along

Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker