Met Malaysia beri amaran hujan sangat lebat berterusan di Johor, Pahang

Hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya diramal melanda Pahang dan Johor hingga esok.

Menurut amaran Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang dikeluarkan pada 9.50 malam ini kawasan terlibat di Pahang ialah Rompin manakala di Johor membabitkan Segamat, Kluang serta Mersing.

Selain itu, hujan berterusan tahap buruk juga dijangka berlaku hingga esok di Pekan, Pahang dan beberapa kawasan di Johor meliputi Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru serta beberapa kawasan di Sarawak iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong (Pusa dan Betong).

Hujan berterusan tahap waspada pula diramal berlaku hingga esok di tiga kawasan di Pahang iaitu Maran, Kuantan dan Bera serta di beberapa daerah di Sarawak iaitu Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit) serta Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu).

– Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama

Fizz Fairuz kena sembur dengan Along

Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker