Banjir Johor: 3 ‘air boat’ Sultan Johor digunakan dalam operasi

Tiga aset milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar iaitu ‘air boat’ berkuasa tinggi digerakkan bagi membantu operasi menyelamat dan memindahkan mangsa-mangsa banjir.

Sultan Ibrahim berkenan aset milik baginda itu digunakan bagi tujuan berkenaan berikutan banjir melanda beberapa daerah di negeri ini.

‘Air boat’ berkenaan digunakan bagi tujuan penghantaraan bekalan makanan ke penempatan Orang Asli yang terputus hubungan.

‘Air boat’ itu dikemudi Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar yang kemudian membawa bekalan makanan ke Kampung Orang Asli Pucur di Kahang.

Tunku Abu Bakar mengemudi bot berkenaan selama hampir 40 minit menyusuri Sungai Kahang, dalam keadaan hujan lebat sebelum menyampaikan bantuan bekalan makanan kepada mangsa banjir.

Setakat pukul 4 petang tadi, jumlah mangsa meningkat kepada 39,476 orang daripada 11,463 keluarga berbanding 37,258 orang daripada 10,792 keluarga pada pukul 12 tengah hari dan semua mangsa ditempatkan di 247 pusat pemindahan sementara (PPS) di semua daerah kecuali Kulai. –

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama

Fizz Fairuz kena sembur dengan Along

Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker