Mukhriz jilat ludah sendiri bila memohon menyertai PN

Mukhriz jilat ludah sendiri bila memohon menyertai PN

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengumumkan langkah terbaru mereka dalam politik dengan menyatakan hasrat untuk menyertai Perikatan Nasional (PN).

Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir berkata dia sudah mengutuskan sepucuk surat kepada Pengerusi PN Muhyiddin Yassin untuk memohon agar parti terbabit diterima sebagai anggota komponen PN.



Katanya keputusan tersebut dibuat selepas mereka mencapai kesepakatan melalui Majlis Eksklusif Pusat (MEP) Pejuang.

Menurutnya salinan surat berkenaan juga dimajukan kepada PAS dan Gerakan.

“Keputusan untuk membuat permohonan ini telah disepakati oleh MEP Pejuang dua hari lepas setelah penelitian dan penilaian khusus semua pilihan gabungan atau kerjasama politik yang ada.

“Ini adalah sesuai dengan mandat yang kami perolehi daripada perhimpunan agung Pejuang kali kedua,” katanya dalam kenyataan media hari ini.



Terdahulu Pejuang mengambil keputusan untuk berundur daripada Gerakan Tanah Air (GTA) atas alasan bagi memberi tumpuan kepada usaha pengukuhan parti itu sebelum memberi nilai tambah kepada mana-mana gabungan.

Keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan para perwakilan dalam perhimpunan agung Pejuang kedua ekoran prestasi teruk parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.

Mukhriz berkata keputusan mahu menyertai PN itu terhasil daripada pelbagai perkembangan termasuk pertimbangan bahawa tidak memadai jika kerjasama berbentuk pakatan pilihan raya diwujudkan hanya untuk mengelak pertndihan kerusi yang ditandingi.

Lebih-lebih lagi katanya jika lambang berasingan digunakan oleh kedua-dua pihak yang berpakat.



“Lebih menguntungkan semua pihak jika Pejuang menyertai PN, dan bertanding menggunakan lambang PN. Tentunya ini bermakna kesepakatan Pejuang dengan PN itu tidak terhad hanya kepada pilihan raya negeri (PRN) yang bakal berlangsung tak lama lagi tetapi juga untuk jangka masa panjang,” katanya.

Tambah bekas anggota Parlimen Jerlun itu, penyertaan Pejuang sebagai anggota komponen PN adalah untuk memastikan tiada perpecahan undi Melayu dalam pilihan raya yang mendatang.

“Diharapkan kepimpinan PN akan mempertimbangkan permohonan Pejuang dan memberi respon yang positif,” kata Mukhriz. mk

Di dalam video di bawah Mukhriz telah mendedahkan sikap sebenar Muhyiddin dan kerana prinsip mereka tidak bersama Bersatu dan PN. Kini lain pula bunyinya. Mana pergi prinsip perjuangan?



[videopress sJZgMbxS]

Mukhriz jilat ludah sendiri bila memohon menyertai PN

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya tak peduli kalau dia hamil – Puteri Sarah



Janda dibunuh, dicincang oleh skandal

Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 2)



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker