‘Ketua kartel’ monopoli tender kerajaan miliki helikopter, kapal mewah


PETALING JAYA: Individu dikatakan ketua kartel yang memonopoli tender kerajaan berjumlah RM3.8 bilion memiliki dua helikopter, sebuah kapal mewah, dan kereta-kereta mewah bernilai RM15.7 juta.

Demikian pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatannya ke atas kartel itu, yang dikatakan aktif sejak 2014.

Dalam serbuan di kediaman individu bergelar “Datuk” itu semalam, SPRM turut menemui wang tunai sebanyak RM3.5 juta.

Penemuan itu disamping hartanah-hartanah bernilai RM29 juta, termasuk sebuah banglo, sebuah lot kedai, dan sebuah lot pejabat, yang dirampas.



Sindiket kartel projek yang telah memonopoli sebanyak 345 tender bernilai RM3.8 billion dilumpuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas menahan tujuh individu termasuk ketuanya yang berusia 47 tahun.

Menurut sumber, kesemua mereka ditahan tengah malam semalam di pusat operasi sindiket dan ketika serbuan dilakukan, hampir kesemua ahli sindiket sedang mengisi beberapa borang tender.

“Sindiket kartel projek ini telah memonopoli tender daripada beberapa kementerian dan agensi kerajaan di seluruh negara dengan nilai projek sebanyak RM3.6 Billion.

Jelas sumber lagi, ketua sindiket tersebut mengawal lebih 150 buah syarikat yang digunakan untuk memasuki tender/sebutharga di kementerian dan agensi yang terlibat.



Suspek juga dikatakan mewujudkan 150 syarikat miliknya yang berbeza dengan menggajikan individu-individu sebagai pengarah syarikat.

“Tumpuan sindiket ialah terhadap projek penyelenggaraan fasiliti dan projek-projek pembangunan.

Guan Eng dakwa darurat bolehkan kerajaan beri tender rundingan terus



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker