Pelajar Tingkatan 1 Dah Pandai ‘Sexting’

Guru Luah Kerisauan Budaya Lucah

Pelajar Tingkatan 1 Dah Pandai ‘Sexting’

Seorang guru sekolah menengah telah mendedahkan tentang akhlak pelajar-pelajarnya yang sudah tercemar dengan gejala seksual dan lucah seawal usia remaja.

Gejala ‘sexting’

Menerusi laman Twitter, guru berkenaan mendakwa bahawa pelajar perempuan Tingkatan Satu di sekolahnya sudah mula terlibat dengan gejala ‘sexting’ iaitu perbuatan menghantar mesej tentang seks dan ternyata mereka masih lagi naif tentang perkara ini.

Teman lelaki Tingkatan 3. Yang sedihnya ialah, dia tak tahu kenapa benda tu bahaya dan salah. Dunia budak sekarang memang tanpa sempadan.

Dia juga meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila ramai pelajar lelaki mengambil kesempatan dengan menghantar mesej-mesej lucah terhadap pelajar perempuan yang baru sahaja beralih dari sekolah rendah ke sekolah menengah.

Kemain tau guna perkataan ‘horny’. Lepas ini dia masuk sekolah menengah, tak tahu lah apa nasib budak tu.

Dalam pada itu, guru tersebut juga memohon agar isu ini diketengahkan oleh mana-mana pempengaruh kepada pengikut mereka di media sosial supaya kesedaran tentang hal ini dapat disebarkan.

Tolonglah mana-mana influencer yang remaja-remaja ini sebarkan awareness. Pelajar -pelajar ini tidak dapat membezakan yang baik dan yang buruk.

Menjengah ke ruangan komen, isu ini turut mengundang kebimbangan dalam kalangan warganet selain berharap agar pihak bertanggungjawab dapat membendungnya. OB

Pelajar Tingkatan 1 Dah Pandai ‘Sexting’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khazrul Elzey mengaku tidur dengan Zarina Anjoulie (Video)

Takiyuddin ‘serang’ Zahid, sekali Rayer pertahan

Model baharu PROTON, Honda bakal perkukuh DRB-Hicom

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker