Resepi Ayam Tiram Thai Viral

Resepi Ayam Tiram Thai Viral

Sebut sahaja nama Khairul Aming pastinya ramai mengenalinya. Beliau dikenali dengan video-video masakan yang sempoi. Malah resepi-resepi yang dikongsikan juga sangat mudah untuk dicuba dan diikuti. Salah satu resepi yang ‘viral’ adalah resepi Ayam Tiram Thai.

Boleh dikatakan, semua video masakan beliau telah menjadi fenomena dan menjadi inspirasi kepada mereka yang baru menjinak-jinak dalam masakan. Turut memberi ilham buat penonton untuk memasak juadah makan tengahari atau makan malam.



Nak tahu cara memasaknya? Jom lihat resipi lengkap di bawah. Selamat mencuba!

Bahan-bahan perapan ayam:

10 ketul ayam
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
Garam/secukup rasa
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara penyediaan perapan ayam:



Satukan semua bahan dan lumur sebati pada ayam.
Bakar dalam air fryer atau oven pada suhu 180-200°C selama 20 minit.

Bahan sos:

5 ulas bawang putih
4 biji cili padi merah
1 sudu besar sos tiram
3 sudu kecil kicap cair
2 sudu besar gula
1 biji perahan limau nipis/lemon
Daun ketumbar yang dipotong halus

Cara-cara penyediaan sos:



Satukan bawang putih dan cili padi merah. Tumbuk sampai lumut menggunakan lesung.
Masukkan bahan lain dan gaul semua bahan sampai sebati.
Akhir sekali curahkan ke atas ayam yang sudah masak.

Selamat mencuba!
Kredit: Raja Siti Afiqah Azmi

Resepi Ayam Tiram Thai Viral

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agong tepuk dahi kena ‘prank’ [VIDEO]

Nasi lemak janda muda tepi jalan laris



Filem Coast Guard sasar kutip RM7 juta lagi



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker