Main lato-lato dalam surau, ramai marah

Main lato-lato dalam surau, ramai marah

Tindakan dua orang kanak-kanak bermain permainan lato-lato di dalam sebuah surau mendapat kecaman orang ramai.

Sebuah rakaman video berdurasi enam saat memaparkan kejadian itu turut tular di media sosial.

Menerusi video tersebut, kelihatan dua orang kanak-kanak dipercayai adik-beradik dilihat bermain lato-lato tanpa menghiraukan orang lain yang sedang menunaikan solat.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam penjaga mereka yang membiarkan kanak-kanak tersebut membuat bising di dalam surau berkenaan.

“Alasan ibu bapa tak nak anak ganggu mereka solat. Tapi kalau dah mengganggu orang lain buat ibadah pun salah juga. Tolong ajar anak jangan ganggu solat orang,” kata Nabila.

“Kalau kita tegur kejap lagi ibu dia suruh kita solat di rumah pula,” kata Azhar.

“Kalau aku, aku tegur je budak-budak ini. Solat tempat ibadah tak boleh bising,” kata Aimi.

“Kalau dah macam ini, memang kena tegur supaya mak dengan budak itu sekali tahu benda ini salah. Kena hormatlah dekat tempat macam surai ini, jangan buat bising,” kata Neko.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 200,000 kali dan mendapat lebih 3,000 ulang ciap. K Online

Main lato-lato dalam surau, ramai marah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Viral perarakkan pemuda PAS dengan ‘lembing dan perisai’, Ketua Pemuda PAS cuba menjarakkan diri

Tergamak sungguh buang Quran dalam longkang

Mahathir perjelas kenapa beliau tak serah kuasa kepada Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker