Najib dinafikan perbicaraan yang adil bila fakta 94 alasan rayuan tidak dianalisis

Permohonan semakan kes SRC

Oleh Norzahira

RAKYAT tahu Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi mangsa penganiayaan pendakwaan terpilih. Beliau juga dinafikan perbicaraan yang adil. Bayangkan perasaan pasukan Najib apabila 94 alasan rayuan yang dikemukakan langsung tidak dianalisis.

Peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah berhujah bahawa panel mahkamah persekutuan sebelum ini – yang menolak rayuan SRC Najib Razak pada 23 Ogos tahun lepas – tidak menjalankan analisis fakta terhadap sebarang daripada 94 alasan rayuan yang dikemukakan.

Shafee mendakwa bahawa penghakiman mereka berhubung rayuan itu sebenarnya hanyalah berdasarkan tiga perenggan.

“Tiada alasan diberikan. Tiada penilaian dan analisis fakta dan undang-undang serta hujah dalam 94 (alasan) petisyen rayuan,” kata peguam itu.

Fakta ini sahaja boleh membuktikan Najib dinafikan perbicaraan yang adil. Beliau berhak mendapat semakan semula rayuan kes penyelewengan dana SRC International.

Ketika rayuan terakhir kes SRS, Hisyam memohon menarik diri daripada mewakili Najib jika penangguhan prosiding tidak dibenarkan dan beliau merayu supaya diberikan masa yang wajar untuk mengkaji dan melakukan persiapan sebelum mengemukakan hujahan rayuan.

Namun permohonan tersebut ditolak.

Semalam, Peguam bela Najib dalam prosiding hari kedua semakan kes tersebut memberitahu, keengganan Mahkamah Persekutuan membenarkan peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik menangguhkan prosiding rayuan akhir pada Ogos tahun lalu, menjadikan beliau sekadar ‘hiasan’ dalam prosiding itu.

Ia menyebabkan rayuan akhir itu dijalankan dalam keadaan Najib diwakili secara paksa, sekali gus tidak mendapat perbicaraan yang adil. Ketika itu, Najib sebenarnya tidak diwakili peguam dalam usaha terakhirnya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan ke atasnya selepas didapati bersalah oleh Nazlan kononnya menyeleweng dana SRC.

Najib bukan sahaja tidak dibenar mendapat penangguhan, malah Hisyam terpaksa kekal di mahkamah dan mewakili Najib walaupun selepas dua kali memohon untuk menarik diri susulan daripada itu.

Ketika rayuan akhir itu, Hisyam menjadi peguam yang tidak efektif kerana tidak bersedia memandangkan beliau baru mengambil alih kes tersebut.

Beliau yang tidak dibenarkan menarik diri ketika itu sebanrnya hanya menjadi ‘hiasan”, sekadar ilusi dalam perbicaraan yang dilihat tidak mengikut peruntukan undang-undang. Dalam masa yang sama Najib juga tidak boleh melantik peguam lain ketika itu.

Prosiding berkenaan bertentangan dengan asas perbicaraan yang adil dan tindakan yang diambil panel pada ketika itu adalah sesuatu yang tidak wajar.

Menurut Peguam Utama, Mahkamah Persekutuan sepatutnya boleh membatalkan rayuan dengan kebebasan untuk memfailkan semula rayuan berkenaan. Namun apa yang terjadi, Najib telah dinafikan perbicaraan yang adil.

Prosiding perbicaraan bagi permohonan semakan Najib untuk membatalkan sabitan bersalah terhadapnya serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dalam kes rasuah membabitkan RM42 juta dana SRC International bermula isnin 20 Februari hingga Rabu 22 Februari 2023. Semoga permohonan semakan ini berjaya dilaksanakan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker