Beri jemaah pilihan tempoh kerjakan haji – Ismail

Beri jemaah pilihan tempoh kerjakan haji – Ismail

Bekas perdana menteri mencadangkan supaya Lembaga Tabung Haji mengkaji semula tempoh mengerjakan haji untuk jemaah negara bagi mengurangkan kos menunaikan rukun Islam kelima itu.

Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) berkata berdasarkan keadaan semasa dan unjuran peningkatan kos pada masa depan, mungkin golongan B40 dan M40 tidak akan berpeluang untuk menunaikan haji sama sekali.

Justeru dia mencadangkan Tabung Haji memberikan pilihan kepada jemaah untuk mengerjakan ibadah tersebut iaitu selama 14 hari, 21 hari, 30 hari atau – seperti sedia ada – 40 hari.

“Dengan pusat penginapan baru di Mekah dan Madinah, kos haji dijangka terus meningkat pada masa akan datang.

“Yang membimbangkan kita ialah, mungkin satu hari nanti golongan B40 serta M40 tidak lagi mampu menunaikan haji.

“Justeru saya mencadangkan di sini supaya Tabung Haji kaji semula tempoh masa jemaah kita berada di tanah suci, kerana masa yang panjang tentu saja melibatkan kos yang lebih tinggi,” katanya ketika membahaskan titah diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Tahun lalu, TH memperkenalkan dua kadar bayaran iaitu RM10,980 yang perlu dibayar setiap jemaah muassasah daripada golongan B40, manakala jemaah bukan kategori itu pula sebanyak RM12,980.

Ia merupakan peningkatan sebanyak RM1,000 kepada golongan B40 dan kenaikan RM3,000 pula bagi kategori bukan B40.

Menurut naib presiden Umno itu, sekiranya pengurangan tempoh menunaikan haji itu dapat dilaksanakanTH boleh mengurangkan satu per tiga daripada kos sedia ada.

“Jika ia (tempoh) dapat disingkatkan, saya percaya ramai yang mampu untuk kerjakan haji kerana kos kerjakan haji akan bertambah kurang dari sekarang.

“Kalau 14 hari, mungkin satu pertiga saja daripada kos yang ada daripada hari ini. Jadi, B40 lebih mudah untuk pergi tapi pilihan adalah kepada jemaah sendiri untuk tentukan 14 (hari) atau 40 (hari).

“Akan lebih ramai dapat tunaikan haji kerana ramai yang terikat dengan kerja. Sebagai contoh, kakitangan kerajaan sektor swasta terpaksa ambil cuti lebih 40 hari, peniaga mikro terpaksa tinggalkan pekerjaan hingga menjejaskan pendapatan mereka,” katanya. FMT

Beri jemaah pilihan tempoh kerjakan haji – Ismail

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Viral perarakkan pemuda PAS dengan ‘lembing dan perisai’, Ketua Pemuda PAS cuba menjarakkan diri

Tergamak sungguh buang Quran dalam longkang

Mahathir perjelas kenapa beliau tak serah kuasa kepada Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker