KSN arah siasat ketirisan, pembaziran RM158 juta
KSN arah siasat ketirisan, pembaziran RM158 juta
Jabatan Perkhidmatan (JPA) Awam diarah mengambil tindakan segera terhadap ketirisan dan pembaziran dana kerajaan seperti didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN).
Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali berkata laporan berkenaan menunjukkan banyak kepincangan dan kelemahan dalam sistem yang perlu diperbaiki.
Menurutnya, Unit Laporan Ketua Audit Negara akan menyelaras dengan jawatankuasa siasatan dalaman di setiap kementerian untuk mengesan sama ada wujud elemen tidak mematuhi prosedur dan peraturan.
“Sekiranya didapati ada kemungkinan berlaku pecah amanah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat kes terbabit.
“Jika berlaku kecuaian dalam melaksanakan tugas, maka ia akan disyorkan untuk tindakan tatatertib,” katanya menurut New Straits Times.
LKAN 2021 Siri 2 diumumkan Khamis lalu mendedahkan pelbagai kepincangan dan kelemahan dalam sistem kerajaan yang mengakibatkan kerugian, ketirisan dan pembaziran wang rakyat.
Antara yang didedahkan, kehilangan atau kerugian wang awam, pembayaran tidak teratur, dan pembaziran sejumlah RM158.08 juta yang dikesan di tiga kementerian dan empat agensi Persekutuan yang diaudit Jabatan Audit Negara. FMT
KSN arah siasat ketirisan, pembaziran RM158 juta
Baca Artikel Menarik:
- Wakil Shahrizat serah borang tanding Ketua Wanita UMNO
- Telekung Siti Khadijah, beli dulu bayar kemudian
- Kos selenggara kenderaan menteri era Muhyiddin tertinggi
- Jual nasi lemak RM1 pun jadi kesalahan (Video)
- Anak potong payu dara ibu akibat dadah
- Ramai pemimpin UMNO tidak hormat institusi Presiden
- DUN Batang Kali diisytihar kosong, Harumaini pertimbang tindakan undang-undang
- Pencuri seluar dalam ditangkap nyaris telanjang
- Polis kesan suspek kes langgar lari, seret mangsa 40 meter
- Dituduh Parkir Kereta Sesuka Hati, Jawapan YB Zahir Buat Netizen Geli Hati
- Jangan ‘koyak’ Rayer, Siti Mastura
- MP PAS dakwa Menu Rahmah dedah pengguna pada kanser, autisme
- Hafidz Roshdi didakwa curang, isteri luah perasaan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ini ke penyondol kacau rumah tangga Hafidz Roshdi?