Bunuh tunang guna sepana kerana berang dituduh perkosa lembu

Suspek dilaporkan memukul mangsa menggunakan sepana yang menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah. – Pandu Laju

Gara-gara berang dituduh melakukan hubungan seks dengan seekor lembu, seorang lelaki dari Ende, wilayah Nusa Tenggara Timur membunuh tunangnya menggunakan sepana, lapor portal berita Coconuts semalam.

Ketua Unit Jenayah Polis Ende, Yance Kadiaman berkata, suspek yang hanya dikenali sebagai MO, 44, menyerang mangsa, AR, 35, sebanyak dua kali.

Serangan pertama berlaku pada 4 Februari lalu di mana dia menyerang mangsa menggunakan tangan kosong.

Serangan kedua dilakukan pada 7 Februari di mana suspek dilaporkan memukul mangsa menggunakan sepana yang menyebabkan wanita itu mengalami cedera parah.

Mangsa disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya kerana mengalami kerosakan pada otak selepas dimasukkan ke hospital.

“Suspek marah terhadap mangsa kerana menuduhnya bersekedudukan dan melakukan hubungan seks dengan seekor lembu di ladang mereka,” kata Yance.

Jika didapati bersalah, MO berdepan hukuman penjara 15 tahun. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Makin kejam, layan macam anjing kurap – Puteri Balqis

Ms Pui Yi Tawar Biasiswa Sebanyak Rm4.3 Juta

Puteri Sarah – Digelar Sengaja Cari Publisiti Murahan Isu Rumahtangga

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker