Adeep Nahar GV9 bangga isteri jutawan stokis

Adeep Nahar GV9 bangga isteri jutawan stokis

“Terima kasih kepada Tya Arifin, Asyraf Khalid kerana menjadi guru dan sahabat isteri saya.”

Demikian kata penyanyi dan rapper, Adeep Nahar Gegar Vaganza 9 (GV9) mengenai kejayaan isterinya, Mazlin Merezukhi yang kini bergelar jutawan dengan menjadi stokis jamu Mutyara menerusi Mutyara Home Centre (MHC).

Adeep, 45, atau nama sebenarnya Abdul Mutalib Nahar berkata, konsep perniagaan MHC yang diperkenalkan oleh pasangan suami isteri, Tya Arifin dan Asyraf Khalid itu adalah inisiatif perniagaan alaf baru yang melahirkan ramai ahli perniagaan berjaya selain dijalankan dari rumah dan menggunakan modal rendah.

“Awalnya isteri beritahu mengenai jamu Mutyara. Saya pun tanya perniagaan ini macam mana. Sebelum menjadi pramugari, isteri pernah menjadi kontraktor. Jadi, dia asas dalam perniagaan. Saya tak nak halang dia, sebab dia dah biasa bekerja. Malah, dia yakin untuk buat perniagaan ini.

“Selepas tiga tahun, dia beritahu berjaya mencapai jualan lebih RM1 juta. Sebagai suami saya bangga dengan usahanya yang bekerja siang dan malam, bertungkus lumus dengan apa yang dibuat. Kepercayaannya terhadap Mutyara, Tya dan Asyraf sangat tinggi.

“Selama tiga tahun saya melihat isteri menjalankan perniagaan ini, dia sangat positif. Daripada nasihat Tya, Asyraf dan gurunya Dr. Azizan, mereka semua orang yang sangat positif dalam semua aspek. Saya pun ambil semangat itu,” katanya.

Menurutnya, antara rahsia kejayaan adalah suami isteri perlu saling menyokong.

“Tidak kiralah dari segi perniagaan apa, walaupun bukan dalam bisnes sama, suami dan isteri perlu saling menjadi tulang belakang. Doa masing-maisng sangat penting. Saya sentiasa mendoakan kejayaan dan kebaikan buat isteri,” katanya. K Online

Adeep Nahar GV9 bangga isteri jutawan stokis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Makin kejam, layan macam anjing kurap – Puteri Balqis

Ms Pui Yi Tawar Biasiswa Sebanyak Rm4.3 Juta

Puteri Sarah – Digelar Sengaja Cari Publisiti Murahan Isu Rumahtangga

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker