Tak perlu jadi boneka Zahid – Ketua Penerangan UMNO WP

Tak perlu jadi boneka Zahid – Ketua Penerangan UMNO WP

Pemuda Umno tiada ruang lagi untuk mengambil jalan selamat, malah tidak mampu membiarkan “boneka” presiden parti Ahmad Zahid Hamidi menjadi ketuanya yang baharu, kata seorang pemimpin bahagian.

“Tidak wajar untuk ketua Pemuda Umno sekadar menurut arahan presiden parti,” kata Ketua Penerangan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Wan Agyl Wan Hassan.



“Keputusan PRU pada November (PRU15) menunjukkan Pemuda Umno gagal menarik sokongan belia Melayu, dan antara puncanya adalah keengganan kepimpinan sayap untuk bercakap secara terus-terang,” katanya.

Menurutnya, tiada ruang lagi untuk “mengambil jalan selamat”, sebaliknya Pemuda Umno mesti berani menyuarakan kebenaran kepada mereka yang berkuasa, seterusnya bertindak sebagai semak dan imbang untuk kepimpinan parti.

Katanya, tindakan Zahid baru-baru ini memberikan isyarat yang salah kepada pengundi, dan penting untuk Pemuda Umno lebih bijak menilai dalam memilih ketua seterusnya.

Antara “isyarat salah” yang disampaikan kepada pengundi termasuk keputusan Zahid untuk kekal sebagai presiden parti walaupun selepas Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan terburuknya pada pilihan raya.



Wan Agyl berkata, pengundi Melayu menolak Umno pada PRU15 dan kini mempunyai platform alternatif. Golongan belia Melayu pula semakin hilang kepercayaan terhadap keupayaan parti berjuang untuk mereka, tambahnya.

“Parti ini dalam keadaan teruk. Dengan hanya 26 Ahli Parlimen, sepatutnya kita sedar bahawa Umno hanya menunggu masa untuk ‘lenyap’,” katanya.

“Pemuda Umno bakal mewarisi parti yang sakit, dan kita perlu mengasingkan diri daripada pimpinan pusat, seterusnya bertindak sebagai semak dan imbang sebelum terlambat,” katanya.

Pemilihan Umno diadakan secara berperingkat mulai bulan ini dan akan berakhir pada 18 Mac.



Katanya, langkah tidak mempertandingkan dua jawatan utama dan penggantungan keahlian beberapa pemimpin parti tanpa sebab kukuh, lebih-lebih lagi cara ia dilakukan, turut menarik perhatian terhadap kepimpinan Zahid.

“Dengan dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan, Pemuda Umno memerlukan pemimpin yang mampu mewakili belia di dalam dan di luar parti,” katanya kepada FMT, mengulas pemilihan parti akan datang.

Bulan lepas, Umno menggantung keahlian beberapa pemimpinnya untuk tempoh enam tahun kerana melanggar disiplin parti pada PRU15, termasuk bekas naib presiden Hishammuddin Hussein dan bekas ketua penerangan Shahril Hamdan. FMT

Tak perlu jadi boneka Zahid – Ketua Penerangan UMNO WP



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai pemenang AJL37, Terus Hidup dinobat sebagai juara



Jahat atau tak, tunggu saja – Anwar

Isteri naik hantu, ganyang skandal suami tepi jalan raya [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker