Tiada cadangan perkenalkan GST, kurangkan subsidi golongan kaya – Anwar

Tiada cadangan perkenalkan GST, kurangkan subsidi golongan kaya – Anwar

Kerajaan tidak bercadang untuk memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta cukai kepenggunaan berasas luas yang lain, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, langkah lain akan diambil dalam usaha mengurangkan perbelanjaan dan menyelesaikan liabiliti dan hutang kerajaan yang kini mencecah RM1.5 trilion, mewakili 82 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.



“Apa yang kita akan perketatkan adalah pengurangan subsidi bagi golongan kaya seperti dilakukan dalam isu berkaitan subsidi elektrik.

“Seperti yang saya jelaskan di Dewan ini dalam sesi lalu, walaupun ada keputusan kerajaan sebelum ini untuk menaikkan tarif elektrik, kerajaan sekarang sudah membatalkan rancangan itu dan mengenakannya hanya kepada T20, syarikat multinasional dan syarikat besar, melainkan syarikat yang terbabit dalam keselamatan makanan,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Wong Kah Woh (PH-Taiping) sama ada kerajaan bercadang untuk memperkenalkan cukai baharu bagi menangani beban hutang yang dihadapi negara. BH

Tiada cadangan perkenalkan GST, kurangkan subsidi golongan kaya – Anwar



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai pemenang AJL37, Terus Hidup dinobat sebagai juara



Jahat atau tak, tunggu saja – Anwar

Isteri naik hantu, ganyang skandal suami tepi jalan raya [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker