Sanusi tak serius cegah kecurian logam nadir bumi – aktivis

Sanusi tak serius cegah kecurian logam nadir bumi – aktivis

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dibidas kerana didakwa tidak serius dalam mencegah kecurian logam unsur nadir bumi (REE) dari Hutan Simpan Bukit Enggang di Sik.

Ini selepas Sanusi dilaporkan berkata bahawa tiada bukti ditemui setakat ini untuk mengaitkan aktiviti sedemikian dengan 52 suspek yang ditahan pihak berkuasa di hutan simpan minggu lalu.



Seorang aktivis masyarakat Mahadzir Abdul Hamid mendakwa kenyataan menteri besar itu seolah-olah mahu membela suspek, bukannya memuji Jabatan Perhutanan Kedah yang menjalankan tugas dengan baik.

“Sebenarnya kerajaan negeri perlu ada satu kenyataan lebih tegas terhadap pihak-pihak yang menceroboh hutan simpan ni.

“Khususnya di kawasan yang didakwa berlaku kecurian REE ni. Kalau setakat buat kenyataan seumpama itu, tak menggambarkan yang kerajaan negeri bertegas.

“Sepatutnya kerajaan negeri sama ada tubuhkan jawatan kuasa siasatan peringkat jabatan atau negeri sendiri, kerajaan sendiri siasat perkara ni bukan saja pihak berkuasa,” katanya kepada Malaysiakini.



Mahadzir, yang juga bekas Adun Umno di Jeneri berkata Jabatan Perhutanan telah menunjukkan bahawa pihak berkuasa serius dalam melaksanakan tugas mereka.

Dalam serbuan Rabu lalu, dia mengambil maklum pihak berkuasa bukan sahaja menahan suspek malah merampas semua peralatan mereka dan membawa keluar jentera dari kawasan hutan simpan.

“Patutnya menteri besar mengalu-alukanlah tindakan penguatkuasaan yang tegas oleh Jabatan Perhutanan ini.

“Bukan dengan buat kenyataan yang pada saya seolah-olah kita masih lagi ada tanda-tanda macam nak bela orang yang curi ni,” tegasnya.



Mahadzir melahirkan kebimbangannya sekiranya tiada tindakan tegas diambil terhadap mereka yang mencuri REE dari Hutan Simpan Bukit Enggang, cubaan seperti itu akan berulang lagi pada masa akan datang.

Aktivis itu berkata, kejadian serupa pernah berlaku tahun lalu, namun suspek yang ditahan dan syarikat yang terlibat dalam melombong REE di situ hanya dikenakan kompaun.

Bukan setakat kompaun

Malah, dakwanya denda yang dikenakan lebih rendah nilainya berbanding hasil lombong REE yang dicuri.



“Kalau kita serius, bukan setakat kompaun, mesti heret ke mahkamah.

“Kompaun ni macam saman lalu lintas boleh la kompaun, ini terang-terang libat khazanah negeri, hak rakyat,” katanya lagi.

Kelmarin (7 Feb), media tempatan melaporkan bahawa Jabatan Perhutanan Kedah telah menahan 52 individu yang disyaki terlibat dalam perlombongan haram REE di hutan simpan itu.

Ia memetik Pengarah Jabatan Perhutanan Kedah Muhammad Abdullah, yang berkata pihak berkuasa juga telah merampas peralatan dan jentera daripada kumpulan itu, yang telah dibawa keluar dari hutan secara berperingkat.



Susulan itu, Sanusi dilaporkan meminta orang ramai dan pihak tertentu tidak membuat kesimpulan awal serta tuduhan melulu mengenai dakwaan wujudnya kecurian unsur nadir bumi (REE) di hutan simpan terbabit.

Menurut Sanusi lagi, bahan yang didakwa dicuri masih dalam siasatan pihak berkaitan sama ada ia benar-benar REE atau sebaliknya.

Justeru, menteri besar Kedah memaklumkan bukti mengaitkan 52 lelaki yang ditahan pada Rabu lepas dengan kecurian REE belum diperoleh.

“Di sini saya tak kata mereka tidak salah, salah atau tidak semua ini kena siasat,” jelas Sanusi. Mk



Sanusi tak serius cegah kecurian logam nadir bumi – aktivis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Shila Amzah akui Ubai istimewa buatnya

Ayda, Fyna Jebat Dikecam, Baju Tema Pari-Pari Terjojol

Remaja tidak sedar rakam lembaga berjalan membongkok [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker