Pelakon Santan Berlada, Baharuldin meninggal dunia


Pelakon Santan Berlada, Baharuldin meninggal dunia

Pelakon sitkom popular era 1980-an, Santan Berlada iaitu Baharuldin Darus, 72, meninggal dunia di kediaman anaknya di Temerloh, Pahang akibat kencing manis dan sakit tua, jam 3.45 petang, hari ini.

Berita sedih ini dikongsikan pelakon Zulkifli Ismail menerusi media sosialnya.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Sahabat lama saya, pelakon veteran Baharuldin Darus kembali ke rahmatullah, petang tadi.



“Allahyarham terkenal dengan watak Asrul dalam sitkom popular, Santan Berlada. Salam takziah buat keluarga Allahyarham,” katanya yang mengucapkan terima kasih kepada Shahrul Amin Mustafa Albakri yang menyampaikan berita sedih berkenaan kepadanya.

Sementara itu, anak keenam arwah, Siti Dalila berkata, pemergian arwah bapa menyusuli jejak isterinya yang sudah lama meninggal dunia.

“Arwah ada sakit kencing manis, bacaan gula dalam darah arwah tinggi, hari ini.

“Beliau menghembuskan nafas terakhir di rumah abang saya di Temerloh.



“Jenazah akan dikebumikan di Masjid Klebang, Kerdau Temerloh, pada jam 10 pagi esok,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, arwah yang meninggalkan tujuh cahaya mata hanya mengalami sakit teruk dalam tempoh yang singkat. HM

Pelakon Santan Berlada, Baharuldin meninggal dunia

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Apa salah saya’, Mahathir tanya pengundi Langkawi

Pelajar perempuan bogel ketika keluar dari kereta selepas kemalangan



Wanita 23 tahun jadi jutawan selepas kerja cuci rumah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker