Hospital Gaza dibom Israel: Russia, UAE tuntut mesyuarat tergempar

Hospital Gaza dibom Israel: Russia, UAE tuntut mesyuarat tergempar

MOSCOW: Russia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menggesa diadakan mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) susulan serangan maut ke atas sebuah hospital di Semenanjung Gaza yang menyebabkan sekurang-kurangnya 500 terbunuh.

“Russia dan UAE menggesa mesyuarat Majlis Keselamatan PBB diadakan pada pagi 18 Oktober (hari ini) berhubung insiden ke atas hospital Gaza,” kata Duta Russia ke PBB, Dmitry Polyanski, di Telegram.

Isnin lalu Majlis Keselamatan menolak resolusi Russia yang mengutuk keganasan yang semakin meningkat di Asia Barat.

Perwakilan enggan menyokong usul yang tidak mengkhususkan Hamas untuk serangan mengejut ke atas Israel yang menyebabkan sekurang-kurangnya 1,400 orang terbunuh.

Israel bertindak balas terhadap serangan itu dengan serangan udara yang menyebabkan kira-kira 3,000 penduduk Gaza terbunuh.

Majlis itu sebaliknya merancang untuk mengundi teks kedua, yang dicadangkan oleh Brazil, dengan bahasa tegas mengutuk kumpulan Islamis dan dilihat menerima sokongan lebih luas.

Undian itu pada asalnya dirancang untuk petang semalam tetapi kemudian ditangguhkan pada hari ini sekitar 1400 GMT. BH

Hospital Gaza dibom Israel: Russia, UAE tuntut mesyuarat tergempar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Korang punca, semua rahsia dalam poket aku” – Ramli MS

PU Abu cerai 2 isterinya

Janna Nick dan Izzue Islam dikritik perlekeh GV10

Sarimah tegur pengacara mana tu?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker