Mayat wanita melecur ditemui di atas padang

Sebaran :

Mayat wanita melecur ditemui di atas padang

GOMBAK – Penduduk Taman Bidara di Selayang, dekat sini, gempar berikutan penemuan mayat seorang wanita dengan kesan melecur seluruh badan mangsa di padang bola sepak kawasan perumahan itu pada awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, mayat itu ditemui dalam keadaan meniarap.

“Siasatan awal mendapati, mangsa merupakan seorang perempuan tempatan berumur 32 tahun dan berasal dari Selayang.

“Siasatan awal menerusi kamera litar tertutup (CCTV) juga mendapati mangsa telah ke tempat kejadian pada jam lebih kurang 1 pagi hari ini dengan menaiki kenderaannya,” katanya dalam kenyataan sambil menambah pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada jam 7.30 pagi.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Menurut Zainal Mohamed, sejurus sampai di lokasi kejadian mangsa telah memberhantikan kenderaan yang dipandu di tepi jalan di kawasan perumahan tersebut lalu keluar daripadanya lalu menuju ke arah padang bola bersama satu objek yang menyerupai tong plastik.

Katanya, polis turut menjumpai barang peribadi dan barang kemas milik mangsa yang ditanggalkan di tempat kejadian.

“Hasil siasatan mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian tersebut dan siasatan diklasifikasi di bawah Kes Mati Mengejut (SDR).

“Polis sedang meneruskan siasatan dan mayat kini dihantar ke Hospital Selayang untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya,” katanya lagi. MG

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Mayat wanita melecur ditemui di atas padang

Langkah Seri Pacific, gerakan musuh dalam selimut


Sebaran :

Leave a Reply