Badan peguam mahu Muhyiddin bertanggungjawab buat laporan polis

Badan peguam mahu Muhyiddin bertanggungjawab buat laporan polis. Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mempunyai kewajipan dari segi undang-undang untuk melaporkan mereka yang telah mendesaknya supaya melepaskan individu tertentu daripada tuduhan jenayah, kata Badan Peguam.

Dalam kenyataan hari ini, Presidennya AG Kalidas berkata, jika itu benar, sesiapa yang telah menemui Muhyiddin untuk mencampuri kes mahkamah bagi pihak mereka telah melakukan kesalahan jenayah.

Kalidas berkata, mengikut Seksyen 25 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694), sesiapa yang diberikan, dijanjikan atau ditawarkan sebarang habuan mesti melaporkannya kepada SPRM dengan segera.

“Habuan” di bawah Seksyen 3(f) Akta SPRM merangkumi sebarang perkhidmatan atau pertolongan lain, dan ini termasuk perlindungan daripada hukuman akibat tindakan atau prosiding. Jelas bahawa Perdana Menteri mempunyai tanggungjawab mengikut undang-undang untuk melaporkan kejadian seperti itu kepada SPRM,” kata Kalidas.

AG Kalidas.

“Polis dan SPRM mesti terus memulakan siasatan terhadap tuduhan berkenaan.

“Dakwaan Perdana Menteri itu melibatkan tuduhan serius mengenai cubaan memujuknya menyalahi undang-undang dan menyalahgunakan kuasanya, seterusnya mempunyai implikasi besar terhadap kedaulatan undang-undang serta pentadbiran keadilan di negara kita.”

Kalidas turut berkata, Muhyiddin mempunyai kewajipan kepada rakyat untuk memberikan “pendedahan penuh dan jujur” mengenai identiti pihak terlibat serta membawa mereka ke muka pengadilan, malah kegagalan berbuat demikian mungkin menyebabkan spekulasi atau persepsi yang tidak wajar terhadap dirinya sendiri.

Dalam siaran langsung semalam, Muhyiddin mendakwa diberi tekanan oleh “pihak tertentu” untuk mencampuri kes mahkamah.

“Ini termasuk desakan supaya saya mencampuri mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah,” katanya.

Sementara itu, seorang Ketua Pemuda Umno telah membuat laporan polis terhadap Muhyiddin dengan mendakwa kenyataan pemimpin itu “sangat serius” kerana melibatkan campur tangan cabang eksekutif terhadap cabang kehakiman.

Dalam kenyataan di Facebook, Ketua Pemuda Umno Alor Setar Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan berkata, dakwaan Muhyiddin itu menjejaskan doktrin pengasingan kuasa yang menjadi asas sistem demokrasi negara ini.

“Selain itu, kenyataan itu juga sekiranya disalah tafsir menunjukkan seolah-olah sistem undang-undang serta keadilan boleh dijual beli, sekaligus merosakkan imej, integriti dan prestij institusi mahkamah,” katanya.

“Perdana Menteri perlu membuktikan dakwaan beliau itu dan sekiranya tidak, beliau hanya dianggap menembak peluru kapur bagi membunuh karakter individu tertentu kerana perbezaan politik yang berlaku sekarang.

“Beban pembuktian adalah terhadap Perdana Menteri setelah beliau membuat dakwaan umum berkenaan.”

Badan peguam mahu Muhyiddin bertanggungjawab buat laporan polis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Acara lompat katak tak lama lagi – Zahid

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker