PAS masih optimis dengan MN walaupun dukacita penarikan diri UMNO dari PN

PAS masih optimis dengan MN walaupun dukacita penarikan diri UMNO dari PN. Tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan ahli Parlimen UMNO untuk menarik diri daripada kerajaan Periktan Nasional (PN) disifatkan sebagai tidak selari dengan semangat penyatuan ummah seperti yang termaktub di dalam piagam Muafakat Nasional (MN).

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia secara tidak langsung akan menggugat perancangan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Pada masa yang sama usaha untuk menangani penularan wabak COVID-19 serta usaha membantu rakyat terjejas teruk,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.

Pada masa yang sama, Tuan Ibrahim turut menzahirkan dukacita dengan tindakan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

“Pas melahirkan rasa dukacita dengan langkah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO yang bertindak mengarahkan ahli Parlimen UMNO menarik diri daripada kerajaan PN,” katanya.

Walau bagaimanapun, katanya, Pas akan kekal yakin dengan asas penubuhan Muafakat Nasional yang bermatlamatkan kesatuan ummah serta membina kekuatan politik Melayu Islam perlu terus dipertahankan demi kestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara.

PAS masih optimis dengan MN walaupun dukacita penarikan diri UMNO dari PN

Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker