Mengapa gempa bumi Turkiye-Syria sangat buruk, berbahaya?

Mengapa gempa bumi Turkiye-Syria sangat buruk, berbahaya?

Beberapa gabungan faktor antaranya lokasi, waktu dan struktur bangunan yang lemah menyebabkan gempa bumi melanda Turkiye dan Syria semalam antara yang terburuk dan berbahaya.

Lebih 3,700 orang terkorban akibat gempa bumi berukuran 7.8 magnitud berhampiran sempadan Turkiye-Syria, dengan jumlah mangsa dijangka meningkat berikutan gegaran susulan sepanjang hari.

Gempa bumi yang menyebabkan kemusnahan teruk itu sebahagiannya disebabkan kuasa gegaran, di mana ia adalah gempa bumi terkuat yang melanda Turkiye sejak 1939.

Antara lain gempa juga berlaku pada jam 4.17 pagi, ketika orang ramai sedang tidur dan “terperangkap apabila rumah mereka runtuh”.

Turkiye berada dalam salah satu zon gempa bumi paling aktif di dunia.

Gempa di sepanjang garis Anatolia Utara di wilayah Duzce di utara Turki mengorbankan lebih 17,000 orang pada 1999.

Bagaimanapun, gegaran semalam berlaku di sepanjang garisan Anatolia Timur.

Anatolia Timur tidak mengalami gempa bumi berukuran 7 magnitud selama lebih dua abad, yang menyebabkan orang ramai “mengabaikan bahayanya”.

Disebabkan kawasan itu sudah lama tidak berlaku gempa besar, maka “tenaga yang cukup banyak” mungkin terkumpul.

Kekuatan gempa susulan, termasuk gegaran besar dengan 7.5 magnitud, menyokong teori ini. BH

Mengapa gempa bumi Turkiye-Syria sangat buruk, berbahaya?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Apa salah saya’, Mahathir tanya pengundi Langkawi

Pelajar perempuan bogel ketika keluar dari kereta selepas kemalangan

Wanita 23 tahun jadi jutawan selepas kerja cuci rumah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker