Potong elaun Ahli Parlimen mampu jejas imej kerajaan

Potong elaun Ahli Parlimen mampu jejas imej kerajaan

Seorang penganalisis memberi amaran bahawa keputusan Putrajaya mengurangkan elaun pembangunan Ahli Parlimen akan menjejaskan persepsi umum terhadap kerajaan.

Felo Majlis Profesor Jeniri Amir berkata, potongan daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta itu mampu menjejaskan prestasi Ahli Parlimen dan mencabar untuk golongan itu dari kawasan luar bandar Sabah serta Sarawak.

“Apabila Ahli Parlimen tidak mampu memenuhi pelaksanaan projek, orang awam akan menganggap mereka tidak berkesan, dan ini akan menjejaskan persepsi mereka terhadap kerajaan,” katanya kepada FMT.

Beliau menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk mempertimbangkan semula perkara itu, dan memastikan pengurangan elaun berkenaan tidak lebih daripada 50%.

Jumaat lalu, Anwar berkata pengurangan elaun itu bertujuan mengawal kewangan negara dan dilaksanakan secara berperingkat.

Bagaimanapun, peruntukan tambahan akan dipertimbangkan sekiranya terdapat keperluan mendesak, seperti baik pulih prasarana.

Bekas Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking berkata kerajaan patut memberikan RM2.5 juta dan bukannya RM1.3 juta, selain melaksanakan audit secara berkala untuk kerajaan dan umum memantau perbelanjaan.

Katanya, ini lebih baik daripada memotong peruntukan yang mungkin menjejaskan penduduk di kawasan itu.

Bagaimanapun, jika kerajaan tetap mahu mengurangkan peruntukan berkenaan, jabatan kerajaan di setiap daerah mesti bertindak lebih pantas dalam membantu rakyat.

Semalam, Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak Alexander Nanta Linggi berkata, pengurangan elaun itu akan memberi kesan lebih besar terhadap kawasan pedalaman, dan menjejaskan kualiti perkhidmatan Ahli Parlimen.

Penganalisis politik Azmi Hassan dari Akademi Nusantara bagaimanapun berpendapat penjimatan RM2.5 juta bagi setiap kawasan dapat dialihkan kepada perkara yang lebih memerlukannya.

“Tidak semua Ahli Parlimen memerlukan atau menggunakan peruntukan RM3.8 juta bagi kawasan mereka. Ada yang mungkin menggunakannya untuk memperkukuh sokongan dan bukannya memenuhi keperluan kawasan mereka,” katanya.

Azmi berkata, keputusan Anwar itu akan membantunya mengekalkan populariti kerajaan perpaduannya, bukan saja dalam kalangan pelbagai parti politik yang menyokongnya malah juga orang ramai. FMT

Potong elaun Ahli Parlimen mampu jejas imej kerajaan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Apa salah saya’, Mahathir tanya pengundi Langkawi

Pelajar perempuan bogel ketika keluar dari kereta selepas kemalangan

Wanita 23 tahun jadi jutawan selepas kerja cuci rumah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker