UMNO Pagoh Teguh Pendirian, Tentang Muhyiddin Dalam PRU-15

MUAR: UMNO Bahagian Pagoh teguh dengan pendirian mereka selepas akar umbi parti itu tetap mahukan UMNO bertanding merebut kembali kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menegaskan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed berkata, meskipun kepemimpinan Badan Perhubungan UMNO negeri memberi bayangan akan memberi laluan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun ia tidak semudah itu.

Kata beliau, seperti mana keputusan Majlis Tertinggi (MT) menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada PRU-15, mereka awal-awal lagi tidak bersetuju dengan pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN).



“Akar umbi tidak mahu bersama Bersatu, saya sudah tiga kali jumpa kesemua 104 ketua cawangan UMNO dalam bahagian memang mereka menolak.

“Malah, 80 peratus Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang saya pergi juga menyatakan perkara sama dan paling jelas dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pagoh dahulu apabila ada yang bangun memohon untuk membuat usul tergempar,” katanya ketika ditemui semalam.

Pertengahan bulan lalu, Timbalan Pengerusi UMNO Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamad berkata, Bersatu usah bermimpi untuk UMNO memberi laluan kepada mereka kecuali hanya boleh ‘bagi muka’ kepada kerusi Parlimen Pagoh sahaja untuk Muhyiddin.

UMNO Pahang, Perak & Kelantan Tolak Bersatu, Johor Hanya Beri Laluan Pada Muhyiddin Di Pagoh



Mengulas perkara itu, Ismail yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang yang kini dikenali Bukit Kepong berkata, terserah kepada kepemimpinan untuk mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Tetapi (UMNO) negeri sepatutnya sudah boleh nampak dengan jelas kehendak akar umbi berdasarkan ketiga-tiga medium terbabit iaitu penolakan ketua cawangan, PDM dan usul dalam mesyuarat perwakilan,” ujarnya.

Pada PRU-14, Ismail yang bertanding di kerusi Parlimen Pagoh menentang dengan ‘bekas bosnya’ tewas dengan majoriti 6,297 undi apabila meraih 16,631 undi berbanding Presiden Bersatu itu yang mendapat 23,558 undi.



Bersatu yang ketika itu berada di bawah Pakatan Harapan (PH) turut memenangi kerusi DUN Bukit Kepong melalui Setiausaha PN Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal yang juga bekas Menteri Besar.

Parti itu yang bertanding menggunakan logo PKR ketika itu bagaimanapun tidak menghantar calon bagi kerusi DUN Bukit Pasir selepas permohonan penamaan calonnya pada masa itu, Pizi Jihat ditolak

UMNO Pagoh enggan beri laluan kepada Muhyiddin pada PRU15



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker