Pergi Mekah tak vaksin: Abu Syafiq beri penjelasan

Sebaran :

Pergi Mekah tak vaksin: Abu Syafiq beri penjelasan

Ketika tular perbincangan mengenai ustaz yang berjaya ke Mekah walaupun tidak divaksin, pendakwah bebas dikenali sebagai Abu Syafiq tampil menjelaskan mengenai “vaksin” dimaksudkannya.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Abu Syafiq menjelaskan vaksin yang dimaksudnya adalah “Meningococcal Meningitis” atau MM dan bukannya vaksin Covid-19 seperti tanggapan warganet.

“Vaksin MM, apa ini orang yang hendak pergi umrah perlu suntik dan mendapat buku vaksin oren kuning. Sekarang ini tahun 2022 kerajaan Arab Saudi tidak lagi mewajibkan vaksin MM.



“Sekarang ini untuk umrah. Untuk ke Mekah, Madinah kerajaan Arab Saudi tidak lagi mewajibkan vaksin MM,” katanya yang kini di Mekah.

Terdahulu, hantaran Abu Syafiq di media sosial tular selepas dia memuat naik kenyataan kejayaannya ke Mekah dan membawa jemaah walaupun tidak menerima vaksin MM.

Untuk rekod, Abu Syafiq juga didakwa antara individu yang menolak vaksin Covid-19 berdasarkan beberapa kenyataan dan video dimuat naik di laman sosialnya.

Pada 6 Januari lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sejumlah 17 daripada 122 individu yang dijangkiti varian Omicron setakat 4 Januari lepas didapati tidak mempunyai rekod vaksinasi Covid-19.



Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata pihaknya sedang menyiasat rekod pengembara dari luar negara yang tidak mempunyai sejarah vaksinasi sama ada mereka memiliki masalah kesihatan atau sebab lain.

Dalam pada itu, Abu Syafiq mendakwa Arab Saudi membenarkan individu yang tidak menerima vaksin Covid-19 masuk ke Mekah dan Madinah.

Bahkan katanya banyak negara di Timur Tengah seperti Yaman dan Mesir turut membenarkan individu tidak divaksin masuk ke negara itu.

“Kerajaan Arab Saudi membenarkan dengan beberapa prosedur operasi standard (SOP) khas, beberapa jalan yang tertentu.



“Bagi mereka yang datang ke Arab Saudi tidak vaksin mereka mesti kuarantin selama lima hari dan hari kelima mesti buat ujian Covid-19. Mestilah keputusannya negatif, jika tak mesti dirujuk kepada pihak berkuasa di sini.

“Ukraine, Yaman, kalau orang Malaysia tak vaksin nak pergi ke Yaman boleh tak perlu nak kuarantin apa-apa pun. Mesir…Dan saya sendiri pergi ke Mesir dan melalui pengalaman itu, Mesir tak tengok pun vaksin,” katanya lagi. Mk

Pergi Mekah tak vaksin: Abu Syafiq beri penjelasan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rumah mewah atas bukit di Shah Alam untuk dijual RM17j (Video)

Ustaz Abu Syafiq mengaku tak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.